Friday, December 25, 2009
Tahniah....
Kepada Mohamad Nazim Bin Azmi iaitu adik aku tahniah la sebab dapat straight A.Aku pun jeles jugak asyik dia je straight A aku bila pulak...Takpe kot SPM aku straight A.
Dahla otak pun terasa begitu beku dan bengap sekarang ni.Sebelum aku taip benda-benda yang mengarut kat sini sekali lagi tahniah kepada my brother.
Tuesday, December 8, 2009
Dah habis dahhh

Akhirnya saat yang ditunggu tunggu oleh kebanyakkan pelajar tingkatan 5 dah sampai iaitu dengan berlabuhnya tirai SPM.Perasaan tak boleh nak digambarkan buat masa sekarang.Sedih sebab dah tak jumpa kawan-kawan lepas ni.Gembira tak payah dah sakit kepala otak kejap.
Sekarang ni aku tengah memikirkan apa ya agaknya yang boleh dilakukan ketika aku tengah menanggur ni.Takkan nak dok rumah makan tidur je kot.For sure badan aku macam dipam-pam lepas sebulan.Dalam fikiran aku nak cari kerja.Nak rasa jugaklah susah senang cari duit ni.Maklumlah selama ni duit dapat free je.Sasaran utama adalah pizza hut dengan A&W.Borang dah hantar tunggu je la diorang telefon nanti.
Lesen kereta.Ada perancangan jugak nak pergi ambik.Tapi yang malasnya pasal ambik lesen ni satu je la banyak sangat prosedur dia.Kene belajar itula,inila.Ambik lesen terbang jugak senang.Tapi jadi apa-apa sape nak tanggung.Korang ke?Ada lesen nanti boleh la pergi merayau naik kereta pulak tukar selera dari motor ke kereta.Hijrah kata orang dari benda ni kepada satu benda yang lebih baik.
Macam mana pun cuti yang panjang ni rasa senak jugak kepala otak nak fikir benda lain yang aku boleh buat.Tambah koleksi awek??Aku awek pun takde lagi ni.Kire ok la jugak.Anyway kepada pelajar-pelajar yang dah habis SPM tu jaga diri sikit.Jangan dok enjoy sampai tak ingat dunia.Solat jangan tinggal la.Ingat la pesan pokcik ni anak-anak weiii.
Monday, December 7, 2009
Good Bye My Lover
Pemergian yang tak disangka-sangka membuatkan aku berasa agak sugul maklumlah telefon tu dah banyak berjasa kat aku.Semuanya bermula pada suatu malam yang agak sejuk.Macam dementor ada kat sekeliling je suasana sejuk macam dalam cerita Harry Potter tu.Masa tu aku tengah balas SMS dan secara tiba-tiba aku telah melepaskan genggaman terhadap telefon tu.Apa lagi kuasa graviti pun bertindaklah mengakibatkan telefon tu jatuh terus ke lantai tanpa perlindungan.Jadi hasilnya impulsive force yang tinggi bertindak ke atas telefon tu.
Pada mulanya aku tak kisah pun sebab memang dah selalu pun telefon tu jatuh paling teruk pun die hang 2,3 kali lepas tu ok la dia.Tapi kali ni hati aku tak sedap je lepas tengok bodynya yang cun melecun tu calar balar serta pecah.Bila on je ermm memang takde harapan la sebab skrin LCD dia dah tak memaparkan apa-apa pun kecuali warna biru dan kuning beserta retak.
Aku pernah tanya kat kedai untuk baiki dan konklusinya baik angkat baru la.Tapi kalau la duit aku banyak dah lama aku tukar telefon tu.Tapi nak buat macam mana duit tak banyak la kan.
Sedih ada la jugak kat hati ni sebab telefon ni memang dah lama berkhidmat dengan aku.Jasa yang dia curah pun banyak jugak contohnya tolong aku mengusha awek-awek di serata Malaysia.Sekarang ni aku mampu guna Nokia 1110i je sebagai pengganti yang termurah dan terbaik.
IN MEMORY SONY ERICSSON T610
21 September 2006 (9.25 pm)- 1 Disember 2009 (11.55 pm)
Sedikit tatapan untuk semua
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Saturday, December 5, 2009
BATERI KONG?? Cara mudah dan jimat mengatasinya
Bateri kong lagi..Duit lagi kena...Aku pun pernah mengalami masalah tu.Hasil perbincangan dengan sepupu aku Hanif a.k.a abang anep dia mencadangkan agar beteri telefon tersebut diletakkan di tempat sejuk beku peti ais.
1.Balut bateri dengan kertas surat khabar dengan kemas.
.jpg)
2.Letakkan di dalam ruang sejuk beku lebih kurang selama dua hari.Pastikan air tidak terkena pada bateri tersebut.
3.Keluarkan dan biarkan dalam lebih kurang 30 minit-1 jam sebelum dipasang pada telefon bimbit dan cuba cas semula.
Kaedah ini agak berisiko, tetapi menurut abang anep dia telah mencuba kaedah ini dan berjaya.Dan dia telah menyarankan kepada aku agar melakukan teknik diatas kerana aku telah mengalami masalah bateri kong dan nak beli bateri baru duit nak cekau mana setelah mencuba dan hasilnya agak memuaskan.Tetapi untuk hasil yang tiptop kata orang sila ke kedai telefon bimbit berhampiran anda sediakan wang secukupnya dan orderlah “bateri
SEGALA RISIKO TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI
Tuesday, November 17, 2009
Beberapa Jam sebelum SPM

Salam, lama tak update blog maaf sebab terdapat sedikit kekangan masa.Memandangkan SPM bakal muncul beberapa jam je lagi.Perasaan "debor" atau gemuruh dah mula datang.Asal tengok jam mesti berdegup kencang dada aku ni.Kat sekolah pun kelas tak boleh nak masuk sebab kelas akan digunakan untuk peperiksaan jadi ramai pelajar yang ambil insiatif sendiri dengan study sendiri je kat rumah.Aku pergi jugak sekolah tapi cabut lari awal sikit.Di kesempatan ini aku nak mintak ribuan ampun dan maaf kepada semua yang mengenali aku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Halalkan semua ilmu, wang dan apa-apa je la.Last sekali doakan kejayaan aku dalam SPM nanti.Kepada semua 2009 SPM candidates wish u all the best......
Sunday, October 25, 2009
Graduation day
Tuesday, October 13, 2009
Jadual SPM
KLIK SINI UNTUK JADUAL WAKTU SPM
SPM menghampiri

Saturday, October 3, 2009
Tune Talk
52xx xxx
53xx xxx
54xx xxx
Wednesday, September 30, 2009
Hari Raya
Sori coz lambat update maklumlah sibuk beraya la katakan.Komputer kat rumah pun buat hal.Tahun ni keluarga aku beraya kat sini je pada hari pertama.Malam raya je baru kitorang bertolak balik ke Johor.Tahun ni jugak aku first time jugak pakai baju raya kale putih.Bapa Sedare aku bagitahu macam baju budak sekolah agama Johor je.
Sehari sebelum raya mak aku masak nasi minyak.Terkejut gak aku sedap sangat mak aku masak nasi minyak kali ni kalah beli kat kedai.Sebagai tradisi keluarga kitorang tapai memang dibuat setiap tahun.Malam tu jugak kitorang bungkus tapai nak dibawa balik ke Johor.Kat Johor takde ye tapai daun getah ni
Pagi 1 Syawal aku bangun awal pagi dan segera mandi sunat aidilfitri.Baju melayu warna putih terus aku sarung beserta samping songket Terengganu.Sekali pandang macam nak pegi nikah la pulak.Keluarga aku yang lain semua baju warna hijau aku ni memang degil sikit nak wat pelik la konon.Perjalanan ke Felda Seberang Tayor yang mengambil masa lebih kurang 30 minit terasa sekejap je.Kat sana nenek aku yang sakit duduk je kat rumah.Dah lebih 3 bulan die sakit sebab tu la keluarga aku raya kat sini dulu.Kat masjid setelah mendengar khutbah raya dan sebelum solat raya ada perutusan dari Pemangku Raja aku ada jumpa ruzairi dengan Fizi.Balik tu saat yang ditunggu-tunggu aku dah tiba pemberian duit raya.Boleh tahan jugak mak aku bagi duit raya tahun ni untung ape tah banyak sangat tahun ni.Memang ramai datang rumah atuk aku sampai aku pun tak sempat nak pegi beraya kat rumah sekitar tu.
Malam tu kitorang bertolak balik ke Johor.Kereta jangan cerita la banyak.Nasib baik takde kemalangan tengah jalan.Sekitar jam 12 tengah malam kitorang sampai.Kat kampung Cik Man aku ada.Dah lama jugak la aku tak jumpa die lebih kurang dua tahun dah.Keje sebagai kepten kapal memang jarang boleh jumpa.Kat kampung ni kitorang pegi melawat saudara mara kat Parit Jelutung.raya ke 4 kitorang beraya kat kulai pulak bukan pergi rumah mawi ok.
Raya ke 5 balik ke kemaman sampai je kat rumah terus aku start motor kapcai aku dan pegi raya kat rumah cikgu febing dengan Husna bersama-sama Zul,Abu,Shahrafi dengan Muzammil.
Sabtu memang cipta rekod rumah paling lama pergi beraya dalam sehari.Destinasi pertama rumah Nadiah.Makan mee kari .Seterusnya rumah Cikgu Nisah.Kat rumah cikgu nisah kitorang cakap jap dengan cikgu sebelum ke rumah cikgu salasiah.kat rumah cikgu salasiah nasi minyak pulak aku makan sikit je la sebab perut kenyang gile.Lepas tu rumah Soleha.dok sekejap sebelum pegi ke rumah yang seterusnya iaitu rumah cikgu kamzizah dan rumah iffah.Last sekali rumah Nadia.Dari pagi sampai petang jugak la aku,abu,zul,medi pegi beraya.
Memandangkan SPM tak sampai 2 bulan lagi aku rasa macam raya aku dah habis je.Duit raya tak banyak macam dulu mungkin aku ni dah nampak macam bapak budak dah ni silap haribulan aku pulak yang kene bagi duit raya.
Wednesday, September 23, 2009
Nur Kasih

Kepada peminat drama bersiri nur kasih yang bersiaran setiap jumaat kat tv3 jam 9 malam tu korang mesti tertanya-tanya kan ending die.Semalam mase aku tengah baca-baca forum ni aku terselak la benda ni sinopsis cerita nur kasih dari episod 1 hingga episod 26.Aku layan cerite ni rase nak nangis wooo.
Sinopsis drama nur kasih
p/s:kepada sesiapa yang nak suspen tengok drama ni jangan baca sinosis tu..
Thursday, September 17, 2009
Tarian Pendet dan hubungan Malaysia Indonesia


Baru-baru ini Warga Malaysia dikejutkan dengan kempen sapu Malaysia di Jakarta Indonesia.Keadaan yang dicetuskan oleh rasa tidak puas hati rakyat Indonesia kepada Malaysia kerana mendakwa Malaysia telah mencuri Tarian Pendet dari Indonesia.
Para penunjuk perasaan yang bersenjatakan buluh runcing telah melancarkan kempen sapu Malaysia.Malah kedutaan Malaysia di Indonesia juga telah dilempar telur oleh para penunjuk perasaan.Keadaan juga diburukkan dengan khabar bahawa terdapat cadangan untuk berperang dengan Malaysia.Adakah kerana hanya kerana tarian dan beberapa isu berbangkit yang lain kita saudara sesama Islam sanggup untuk berperang.
Malaysia telah bertindak profesional dengan memohon maaf.Malah pihak Discovery yang bertanggungjawab menerbitkan iklan Enigmatic Malaysia turut meminta maaf.Hubungan baik Malaysia dan Indonesia tidak boleh dicemarkan dengan isu-isu yang remeh yang boleh diselesaikan di meja rundingan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Raya dah semakin dekat dan ramadhan yang semakin tua meninggalkan kita.Di kesempatan ini aku ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua yang menganali aku sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan.
Trial dah habis persengketaan turut berakhir

Tepat jam 2.00 petang semalam tarikh 16 Sept 2009 berakhirlah percubaan SPM 2009.Aku tak tahu la nak kata apa.Lega tak jugak sebab ada spm lak lepas ni.Masa trial ni aku tengok macam-macam cara kawan-kawan aku study.ada yang study sampai lewat malam ada yang tak study terus.Aku lak tengah-tengah study la sikit-sikit.
Berakhirnya trialdan aku rasa berakhir jugak la konfentrasi aku dengan salah seorang rakan aku ni.Aku yang sebelum ni dijadikan oleh 'dia' tunggul kayu.Mula-mula aku tak rasa ape-ape kot-kot die sakit gigi ke ape.Tapi lepas 2 minggu lebih keadaan tetap tak berubah aku memang pelik la.Aku ada mintak nasihat dari 2 orang kawan yang memang aku percaya dan syukur aku dah hampir boleh merubah keadaan ni dari terus menjadi nanah.Kapada si 'dia' aku mintak maaf kalau selama ni aku ada buat salah dengan kau.Mungkin selama ni aku tak sedar aku dah tersalah cakap atau aku dah melakukan sesuatu yang mungkin menyakitkan hati kau yang lembut tu.
Kepada 2 orang kawan aku yang bagi idea dan nasihat tu. Aku ucapkan bebanyak terima kasih.
Friday, September 11, 2009
Mengapa Islamofobia terjadi???

Mungkin perkara ni kita tidak merasainya di Malaysia.Namun umat islam di Barat sering dicop sebagai "terrorist" oleh masyarakat Barat.Selepas tragedi 9/11 gejala islamofobia ni semakin menjadi-jadi.Penduduk Islam terutama di Barat sering dipandang serong oleh masyarakat di sana.Malah media arus perdana di barat seperti BBC dan CNN sering memberikan laporan yang berat sebelah mengenai Islam.
Kejadian yang menimpa Marwa Ali El-Sherbini membuktikan bahawa sentimen Islamofobia memang menebal di kalangan masyarakat Barat.Apa yang sebenarya berlaku kepada Marwa?
Marwa yang merupakan seorang rakyat Mesir telah berpindah ke Jerman kerana mengikut suaminya Elwi Ali-Okaz yang mendapat kerja di sana.Peristiwa yang menyayatkan hati berlaku apabila jiran Marwa iaitu Alex seorang warga Jerman kelahiran Russia telah menikam Marwa di dalam mahkamah.Alex yang sering menghina Marwa kerana bertudung serta menuduh Marwa sebagi pelacur.Oleh itu Marwa telah mengambil jalan dengan mengheret Alex ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang tercemar.
Keputusan mahkamah telah memihak kepada Marwa dan Alex dikenakan denda sebayak 780 euro.Akibat tidak berpuas hati Alex telah telah menikam Marwa sebanyak 18 kali.Suami beliau yang cuba menyelamatkan isterinya turut ditikam.Malang bertimpa apabila Elwi telah ditembak oleh anggota polis kerana menyangka Elwi yang menyerang Marwa.
Media Barat tidak memberikan liputan yang sewajarnya terhadap kejadian ini.Cuba bayangkan apabila seorang kristian dibunuh sebegitu oleh seorang muslim sudah tentu keadaan menjadi sebaliknya.Dengan ini jelaslah menenjukkan bahawa sikap berat sebelah yang ditunjukkan oleh media Barat.
Memang gejala Islamofobia telah diwujudkan bagi meninggalkan sifat benci orang bukan Islam kepada orang Islam.Oleh itu kita sebagai seorang Islam perlu berusaha bagi membersihkan imej umat islam yang dibayangi ole Islamofobia.
Thursday, September 3, 2009
MENGUMPAT
mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)
Jadi aku post benda ni bukan tuju kat sesiapa pun aku pun tak nafikan aku pun pernah mengumpat orang tapi marilah sama-sama kita berbah.Dahla tu mengumpat tambah dosa je
TRIAL SPM!!!!!
Monday, August 24, 2009
Ramadhan Kembali
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tuesday, August 18, 2009
Sampah

Kalau sebut pasal sampah macam-macam kita fikir.Busuk,Hina.Malah istilah sampah masyarakat pun wujud di kalangan masyarakat kita.
Ni alang-alang dah sentuh pasal sampah aku nak cerita sikit pasal mentaliti rakyat Malaysia yang masih tak boleh nak diubah-ubah.Kalau dulu rakyat Malaysia nak naik bas konfem berebut.Tapi sekarang dah reti pulak nak beratur.Sekarang ni mentaliti rakyat Malaysia tentang buang sampah memang teruk.Bukannya reti nak buang sampah dalam tong sampah.Ada tu dengan selambe dek nyee je buang sampah merata-rata.
Sabtu aritu surau kat rumah aku ada buat solat hajat dengan ceramah isra mikraj.Macam biasa la majlis besar mesti ada makan kan.Tapi yang sedihnya walaupun tong dan plastik sampah pihak surau dah sedia dengan belambak , bekas-bekas makanan dan minuman masih diorang tak reti nak buang kat tempat sepatutnya.Jadi keputusannya penuhla sampah-sampah kat atas jalan dan kawasan sekitar surau tu.Dah la rumah aku kat kawasan sekitar surau tu memang kotor la.Bukan ke Kebersihan Sebahagian Daripada Iman.Tapi aku memang berterima kasih kat beberapa AJK dan sukarelawan yang sanggup kutip sampah tu walaupun dah dekat pukul 12 tengah malam.
Akhir sekali aku harap rakyat Malaysia ni boleh ubah mentaliti supaya sampah tu di buang di tempat yang sepatutnya.Barula kita boleh duduk dalam negara yang aman dan bersih.
Sekian
Saturday, August 15, 2009
Tak Tenang

Minggu ni aku rasa jiwa aku macam tak tenang.Aku rasa kosong.Tak cukup sesuatu.Nak kata aku ni baru putus cinta tak jugak.Entahlah mungkin ada sesuatu di sebalik rasa tak tenang aku ni.Mungkin trial dah terlampau dekat sampai aku rasa macam ni.Aku rasa aku perlu teman untuk berbicara dan dengar masalah aku.Kalau pasal luah perasaan@masalah ni tak boleh luah kat sebarang orang ye tak?Seseorang yang dipercayai diperlukan untuk kita luahkan masalah kita.Biar kita betul-betul percaya kat orang tu.Jangan pendam nanti meletop.Susah.
Influenza A H1N1

Aku bukan suka sangat nak tulis pasal benda ni.Tapi memandangkan benda ni tengah hangat aku pun ambiklah kesempatan untuk bagi pandangan tentang bala yang diturunkan Allah kepada hambanya yang selama ni lalai dari mengingatinya.
Semalam 14 Ogos 2009 seramai 56 orang telah menemui ajal kerana wabak ni.Aku hairan macam mana bilangan kematian meningkat dengan begitu mendadak.Kalau kerajaan lagi lambat bertindak aku pun tak tahu berapa ramai lagi yang akan tekorban.Sesungguhnya kerajaan yang dipilih rakyat mempunyai satu tanggungjawab yang begitu berat dalam melindungi rakyat dan negara dari segala ancaman.Tak kira la ancaman pengganas atau ancaman wabak penyakit yang tengah menyerang sekarang.
Aku harap pihak berwajib terus peka dengan situasi yang semakin meruncing sekarang.Jangan asyik sibuk umum bilangan kematian je.Do Something Please.Kepada rakyat Malaysia sila beri kerjasama dalam membendung wabak ni.Kalau boleh pakailah topeng kalau keluar ke tempat awam(Walaupun Topeng susah nak dapat sekarang).Basuh Tangan sekerap mungkin.Last sekali marilah kita sama-sama berdoa agar kita dilindungi dari virus ni.
Thursday, August 13, 2009
Mana nak cari topeng???

Pergi sana awal-awal die tulis "Face Mask dah Habis".Pegi sini pun sama gak.Kemana diorang bawak lari topeng ni di saat semua orang memerlukan.Ada juga yang jual tapi mahal tahap nak mampos.Cuba korang bayang Rm2 untuk satu topeng tu boleh pakai sehari je.Kalau ada 6 orang satu keluarga tu korang kire sendiri la berapa ringgit sehari kene labur untuk satu gejala yang entah tiada bila nak menghilang.Kepada yang jual topeng tu janganla korang sorok kesian tau kat kitorang.Jual pun janganla mahal sangat.