Tuesday, October 15, 2013

Hari raya aidiladha

Assalamualaikum

Hari raya korban atau aidiladha ini juga mengembalikan nilai gotong royong yang kias terhakis dalam masyarakat kita. Diharapkan agar kita generasi seterusnya menyambung tradisi ini.

Monday, October 14, 2013

Tersilap suami

Pun boleh silap suami??? Mungkin perkahwinan secara paksa rela. Jangan suami silap terkahwin lagi dah la ye

Thursday, October 10, 2013

UPSI teng teng (UPSI 1010)

Assalamualaikum. Setiap universiti pasti ada kisah seramnya yang tersendiri, UTP dengan bangunan tak complete disebabkan tak boleh dibina kerana banyak sangat korban nyawa semasa pembinaannya. Takkan la PETRONAS tak cukup bajet nak tambah satu bahagian lagi kot. Jadi bangunannya tak jadi la bangunan yamg berbentuk bintang.
Ni sedikit kisah yang aku dapat daripada adik aku yang belajar di UTP. UPSI atau Universiti Pendidikan Sultan Idris turut tak terkecuali. UPSI yang ditubuhkan pada 1922 terkenal dengan kisah angkernya pada tarikh 10/10. Saban tahun, pelajar UPSI akan bercerita tentang UPSI 10/10 ni. Seolah olah 10/10 ni jadi sambutan ulang tahun. Pandai hantu pilih tarikh. Pada aku tarikh ini sebenarnya sekadar gurauan untuk menceriakan suasana dikala mahasiswa sibuk melakukan tugasan. Hantu dan setan ni bila-bila ada. Entah tengah baring sekali dengan aku taip entry.
Bangunan suluh budiman antara bangunan tertua di UPSI. Seni bina seakan gereja dan memang ada sumber cakap bangunan ni gereja pun dulu. Sekarang dah jadi Muzium Pendidikan Nasional. Kisahnya dulu piano berbunyi sendiri, potret yang matanya sentiasa bergerak memerhati, tapi tiada yang boleh mengesahkannya. Hanya berita dari mulut ke mulut. Nak tahu lebih lanjut pasal UPSI teng teng boleh tengok sini dan sana. Tiada apa yang perlu dirisaukan pun. Sesungguhnya manusia itu diciptakan sebaik baik kejadian dan iblis telah berjanji untuk menyesatkan anak adam sehingga kiamat. UPSI teng teng sekadar hiburan dikala bebanan tugasan melanda.