Friday, February 19, 2010

merapu.......

Makin lama makin pening aku pikir pasal result SPM ni...berapa A la aku boleh skor..tapi biar la aku dah usaha habis dah..tinggal doa je la.Dalam dok tengah pening-pening ni dapat jugak lesen kelas D yang aku nak sangat..Nasib baik sekali test je taw..Haha dahla pegawai pompuan yang test bederau darah aku.Seb baik dia dah kawin..Hehehe.Lepas ni boleh jugak aku pusing ronda-ronda bawak kereta.Tapi kadang-kadang bawak motor lagi laju,pantas dan jimat.Boleh cilok-cilok bawak kereta mana boleh cilok.eksiden karang.

Sekarang ni aku ngan shahrafi tengah menggodam sistem dekat Cawangan Pustaka Munirah dekat KM1 Jalan air puteh.Kat depan mpk tu.Nak kene buat masuk harga semua barang dekat dalam komputer.Lama-lama boleh biol jugak kepala otak ni kot..tapi sekurang-kurangnya boleh jugak aku buat keje behind the scene sebelum kedai dibuka..Sekarang ni aku nak cube la kurangkan perbelanjaan aku ni..Nak simpan jugak duit gaji kot-kot boleh buat kawin..hehe kuat berangan sungguh la aku ni..


Nak cerita pasal Facebook pulak.Sekarang pegi mana-mana semua orang cakap pasal Facebook.Sampai adik aku yang kecik pun ada facebook.Best jugak layan facebook ni sampai tak ingat dunia kadang-kadang..main kuiz dia..macam-macam hal ada.Alang-alang dah cerita pasal dunia internet ni aku ada terselak satu blog yang agak best untuk tatapan http://zackzukhairi.blogspot.com..blog yang aku rasa best untuk dibaca..kalau tak malu singgah la kat blog saudara zack tu..takpe pergi blog dia lepak buat macam blog sendiri ye...ok la jalan dulu..nak ronda-ronda..salam
ARGHH P1 GILEEEEEE

Saturday, February 6, 2010

Penat....

Huh minggu yang memenatkan dah berlalu.Khabarnya minggu depan En.Din nak manage sikit kedai baru.Memandangkan hanya hari Jumaat aku cuti jadi aku ambik kesempatan untuk duduk kat rumah je pagi.nak nikmati kenikmatan duduk rumah kot.Lepas Jumaat ada satu seruan untuk keluar beramai-ramai.Aku pun memang nak keluar sebab nak ambik gaji aku dari Yokke yang telah dipotong sebanyak RM 0.60...kene potong sebab lewat sampai dari balik solat Jumaat..aku redha jela memang salah aku pun lewat..tapi nak buat macam mana aku memang tak sempat nak on time...Hari Khamis my manager ada beritahu sedikit tips..muka kena senyum walaupun pelanggan marah kita sebab "kita mahu berikan khidmat servis yang terbaik".Aku pernah jugak naik angin dengan pelanggan.Dah bukan salah kita yang kau nak marah aku kenapa.Bila dah siap baru cakap..Huh kadang-kadang ley naik darah aku...tapi sabar je yang aku boleh buat..Sepanjang aku duduk kerja kat Pustaka Munirah macam-macam aku boleh belajar contohnya rahsia untuk berniaga dan strategi untuk berniaga.Communication Skill aku juga dapat ditingkatkan sebab aku berurusan dengan orang ramai.Harap satu lagi minggu yang mengasyikkan di Pustaka Munirah..
Salam 2all....cam boring je post kali ni