Tuesday, August 24, 2010

Bila Google translate Bahasa Melayu

Penah tak korang baca subtitile bahasa melayu dekat DVD pirate yang korang beli?Baik mengaku.Bulan puasa ni.Mesti akan ada situasi MR Parker bila di"translate" akan jadi En.Tempat Letak Kereta. Pagi ni aku tengah aku main-main dengan blog terbit la keinginan,nafsu dan kehendak untuk mencuba Google Translator yang dok menyibuk ni.Bila dicuba kat blog aku inilah hasilnya...


Sebelum Translate.....Tekan butang translate tu dulu

Bahasanya masih indah berbunga

Dan ini Hasilnya.....

bahasanya sudah haru biru


Malay-English
Ronda-ronda are looking for parking with the 3rd series mouse finally jugak parking.


Original lagi asli punya ayat:
Sedang ronda-ronda mencari parking dengan 3rd series kancil akhirnya dapat jugak parking.


Kalau baca secara keseluruhan keluar air mata baca benda alah ni.Moralnya jangan guna direct translate.Naye nanti..

Jangan jadi macam ni sudah...

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. i don’t trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first i think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.

So, i cut this connection to go far from here. i don’t want you play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don’t want banana to fruit two times.

Safe walk…

Tijah.

Saturday, August 21, 2010

Kisah hari sabtu...

Hari ni hari Sabtu..Pagi yang indah dan damai walaupun puasa dalam keadaan tak bersahur.Dalam pukul 11.00 tadi cik emak meminta aku jadi driver beliau untuk ke Bandar Chukai yang tak seberapa ni untuk membeli kaca mata nenekku yang sudah uzur.OK aku pun siap-siap mandi sarung baju, slack hitam calit minyak wangi sebarang dua dan yang penting spek mata.Sebab aku rabun.Dan akhir sekali "OK mak jom kita gerak".

Jalan agak busy arini dan agak panas.Maklumlah hari Sabtu.Semua nak shopping raya.Kereta pun main parking je..Mesti best pak cik polis trafik dengan MPK saman korang nanti.Padan muka..haha!! Jahat betol aku.. Sedang ronda-ronda mencari parking dengan 3rd series kancil akhirnya dapat jugak parking.

Sambil aku berjalan macam biasa mata kena alert.Mana tahu peragut,perogol,peliwat dan macam-macam "pe" lagi amat berleluasa sekarang.Tapi yang aku dapati ramai anak-anak gadis sekarang pakai baju macam pakai sarung nangka..Boleh bayang tak?Mungkin macam ni kot.

Aku dah sedaya upaya nak elak.Tapi jalan depan ada.Pusing belakang pun ada.Takkan nak pejam mata kot..Jatuh longkang la aku macam tu.Malu la aku nanti.Takpe cekalkan hati.Saya tak tengok..Tapi kantoi gak tertengok sekali dua.Dua kati pahala aku kene tolak arini.Cis!!Kenapa la korang bulan puasa pakai macam tu ju gak.Kesian kat kami.Kaum lelaki.Lain kali saya nak pergi bertapa kat bandar 7 pagi 7 malam la kat bandar tu.Boleh cuci mata.



Renung-renungkan la.....


Harini aku dapat jugak baju melayu warna gold.Beli kat Butik Tradisonal Melayu. BTM.Orang ramai lagi kat situ.

P/s:gambar semua diambil dari google...aku malas nak snap gambar tadi.

Saturday, August 14, 2010

Masjid port bagi pencuri selipar.

"Cilakak, selipar baru beli sebulan dah kena kebas. Kat masjid pulak tu. Korang tak tahu ke aku baru pijak taik lembu dengan selipar tu semalam.Padan muka korang.Curi lagi selipar aku." Diolong yang mungkin korang luahkan setelah kehilangan selipar kat masjid..Kalau selipar Jepun hilang takpe la jugak..

Kadang-kadang aku sendiri pelik dan hairan serta ajaib lagi mistik mengenangkan misteri kehilangan selipar kat masjid ni.Agak-agak kena buat repot polis tak?? Mungkinkah ada toyol, jembalang mahupun hantu raya yang diupah untuk curi selipar/kasut kat masjid ni.?

Aku terlintas nak tulis entry ni lepas adik aku kehilangan selipar dia kat masjid buat kali kedua dalam masa hampir sebulan. Pertama dekat sebuah masjid di Jengka Pahang.Dan kali kedua pada 4 Ramadhan 1431H.Bulan puasa tu.Para pencuri selipar ni tak mintak cuti rehat ke dari buat kerja ni? Heran betol aku.


Penah ke jadi macam ni?

Aku pun pernah gak hilang selipar ni.Dalam dua minggu lepas.Selipar bau kedai lagi..Walaupun ada mulut busuk cakap selipar aku selipar design orang tua aku ingat selamat la selipar tu dari dikidnap oleh para penyamun profesional ni.Tak jugak rupanya. Lepas dari tu aku terus pakai selipar Jepon pegi masjid. Yang kelakarnya minggu lepas aku pergi masjid dengan memakai selipar Jepon tu. Masa nak balik hilang.Cari punye cari...CIS, dalam toilet..Siapalah yang anggap selipar Jepon yang aku beli dengan harga RM3.90 kot adalah selipar jamban masjid..Selipar Jepon gua jenama batak ye..ok itu tipu..



Kalau guna cara ni berkesan tak ye?

OK...sampai sini jela entry aku kali ni..Oh ye..aku ucap Selamat Menyambut Ramadhan 1431H walaupun terlambat sikit.Semoga rahmat kita terima dari bulan yang mulia ni.Pesanan penaja pergi masjid tu pergi la solat jangan dok kidnap selipar orang.Kesian dia kene beli selipar baru tiap-tiap bulan.
Tak sampai tahap kena buat wanted macam ni sekali buat masa sekarang.

Semua gambar credit to pakcik google

Sunday, August 8, 2010

5 Blog terbest

Baik seperti yang dijanjikan sebelum ni.Aku dengan poyonye akan mengumumkan 5blog terbest menurut pemerhatian ku...rasa macam penyampai anugerah kat Oscar la plak..
Tempat kelima...
jatuh kepada.......

Hitam itu bukan putih



Blog ni dikarang oleh cik Ayu.Tapi tak tahu la tuan die ni betul-betul ayu ke tidak.. Entri untuk setiap post die pendek-pendek je.Bahasa die pun tak skema.Yeahhh die sound direct je. Aku rasa sape yang terkena memang terbekas kat hati la..Aku rasa entri die yang paling best wakenabeb versi universiti..Pecah perut aku baca..Ok kita pergi tangga keempat pulak

Tangga keempat...tuuuttt...

Nur Hidayah Isa




Blog student UTM ni berdasarkan kisah dan pengalaman dia dalam hidup ni. Dia ni tak suka aktiviti yang keluarkan peluh tapi pergi gak panjat gunung.Ingat pompuan ayu macam dia ni tau mekap kat umah je. Entry yang best dalam blog die yang paling aku masa kete Sewa dia rosak kat tengah jalan besar..Kelakar...

Tangga Ketiga...teeet...



Justkhai



Sape tak kenal dengan Khai Hassan ni...Blogger femes kat Malaysia.pape pun layan la blog dia ni..


Tangga Kedua...tuuuttt...

Coretan Perantau



Kisah seorang jejaka bernama Long Hafizz yang menuntut di London. Blog ni banyak cerita cara hidup dia kat negara perantau.Pandangan die..Bagi aku yang tak mampu untuk fly ke obersea ni blog die la tempat aku pasang impian nak pergi oversea nanti.Lagi satu die pun boleh jadi pemandu pelancong untuk pelancong kat kota London tu taw

bom...bam..bang...bom Tempat Pertama jatuh pada....

Blog Realiti Konspirasi



Blog budak Malaysia study kat Jepun ni atau nama samaran abang zack.Blog ni jatuh tempat pertama sebab entry dia memang best.tu memang pasti la.Satu lagi kehebatan dia timbulkan feeling.Kalau part sedih memang menjadi la.Nak-nak kalau dengar sekali dengan soundtrack dia.Memang sedih la..Dia ni seorang yang keretip jugak dalam bab lukis-lukis kartun ni.Walaupun tak selawa komik ujang tapi ok la.Entry pasal negara Jepun pun ada dalam blog dia.Rasa macam travel kat Jepun je..Sekali nak ingatkan dia dah berpunya.Cik Awek dia setia tunggu kat Malaysia ni