Saturday, October 8, 2011

?

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, April 29, 2011

Biar mahal asal berkualiti

Lepas ni sumpah aku tak nak beli dah jenama ni..Amat menyakitkan haatiku ini.. Jenama benda alah ni memang akan dibanned dari hidup aku.. Jenama yang dimaksudkan adalah.....
A4 paper jenama Supreme


Sejak aku beralih first time ke jenama ni. Lepas print mesti paper jammed!! Maka print aku pun berbunyi "ketak ketuk" yang amat menakutkan. Dahla selama ni aku dah bengang dengan printer sekarang kertas pulak low class.

Alah membeli menang memakai. Lepas ni saya mau beli ini jenama la pulak..

Setakat mahal singgit dua. Takde hal.Asalkan kualiti tip top. Takde jammed dah dekat printer aku. Tapi ada jugak barang murah yang aku beli tahan sampai sekarang. mungkin benda ni bergantung pada nasib.

p/s-niat nak print latihan. tapi paper asyik jammed.berpesbuk ajela. semua ni salah printer yang telah merosakkan mood saya di awal pagi.

Thursday, April 28, 2011

Tak jadi cikgu

Andai itu takdirnya...maka permohonan aku kali kedua untuk KPLSPM tak berjaya..Jom kita tengok gambar kat bawah ni.
Tak dapat lagi...
Sekali lagi aku tak dapat walaupun untuk panggilan temuduga. Tapi kali ni aku tak sedih macam aku mintak first time aritu.(Sape yang tak tahu kisah lagi. Klik Sini.) Aritu siap ponteng kerja semua..Frust menonggeng orang cakap. Aku terima hakikat, mungkin akan ada rezeki yang lagi baik untuk aku.

Ye...aku tahu aku dah lama tak update blog. Aku ingatkan kalau zackzukhairi update baru aku nak update.Tapi rupanya dia lagi lama tak update. Aku pun mengalah la.

Sejak aku masuk tingkatan 6 dan berada di upper 6. Dan pegang pulak jawatan. Mula terasa 24 jam tak cukup. Baru aku sedar bila kita memimpin, tak semudah macam kita mengkritik orang yang kita memimpin dulu. Kadang-kadang aku dah terasa nak give up. Mau chow dah... Tapi aku berjaya kuatkan semangat.

Konklusinya(macam buat karangan BM pulak) aku tak kisah aku tak dapat tawaran KPLSPM. Mungkin akan ada rezeki yang lagi baik untuk aku.. Mungkin jadi pensyarah sains politik?

Ok salam... rasa canggung lama tak menaip

Saturday, January 29, 2011

Kehilangan buat kami.. Al-fatihah untuk cikgu ku

Pn Norhayati Din cikgu Biologi aku masa tingkatan 4 dan 5 di SMK CHUKAI a.k.a TEPCES telah pergi ke dunia yang kekal abadi.

Teringat saat dia mengajar kami. Teringat saat di menasihati kami. Semua itu demi memastikan kami berjaya .

Niat dia mengajar kami hanya kerana Allah. Berkali-kali dia cakap benda ni masa mengajar. Cara P&P dia lain daripada yang lain. Tak pernah membezakan kami sebagai anak muridnya. Semua diajar sama rata.

Al-Fatihah untuk arwah Pn.Norhayati Bt Din. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali

Saturday, January 22, 2011

Aku seorang pemalas.

Yes! dah cipta rekod sebulan tak update blog.Patut takde orang nak baca blog kau azwan. Aku sebenarnya tunggu-tunggu jugak orang tanye puluh-puluh kali kenapa aku tak update blog. Macam Zack tu.Tapi hampeh.. Sorang dua aje yang tanya. Huh...


Tengok. Ada jugak orang tanya aku bila nak update blog terharu pulak rasanya. Nak menangis pun ada. Tisu plizzzz... Terima kasih la cik adik shuhada abdullah yang comel lagi kiut sebab ikuti blog aku...
Ok sebenarnya aku nak cerita pasal benda ni. Filem Faster. Aku pergi la tengok semalam. The rock berlakon. Sebab dia la aku teruja sangat nak pergi tengok walaupun tiket mahal tahap tak patut...


Wan Nurul Jannah tu geng aku masa sekolah rendah. Comey lotey leni

Tengok la harga dia.. mahal giler.. Memandangkan The Rock berlakon takpela.Aku relakan. Masuk je WAH!!! sangat ramai orang.Mesti best cerita ni. Setelah 30 minit cerita ni berlalu geng aku dah boleh teka ending dia. Lepas sejam berlalu aku dah mula rasa bosan. Warghhh!! ape ni tak best la cerita ni. Aku pandang kanan, kiri depan belakang ada awek dah rebah atas bahu pakwe masing2. Ada dok sembang. Huh.. Kecewa aku. Kenapa la tak best filem ni.

Kalau aku tahu aku tengok cerita khurafat aja. Boleh gak tekup-tekup muka dengan tangan sambil jerit ketakutan bersama awek-awek yang berada dalam panggung tu.

Jalan cerita yang terlalu lurus dan tak dinyatakan dengan jelas peranan seorang watak dalam filem ni iaitu KILLER. Bagi aku baik tak payah wujudkan watak si Killer ni kalau setakat nak tunjuk adegan dia dengan awek dia..Memang pecah punggung la filem ni.

Konklusinya.Aku dah update blog hari ni. Niat nak update memang ada.Tapi terbantut sokmo. Haiizzz.. Tunggu DVD Rip khurafat pulak la. Takmau dah pergi panggung minggu ni.Lari sudah bajet gua.ahaks
Siapa dah download filem pecah panggung rm 40juta dR Rozmey? aku nak tengok..haha