Friday, April 29, 2011

Biar mahal asal berkualiti

Lepas ni sumpah aku tak nak beli dah jenama ni..Amat menyakitkan haatiku ini.. Jenama benda alah ni memang akan dibanned dari hidup aku.. Jenama yang dimaksudkan adalah.....
A4 paper jenama Supreme


Sejak aku beralih first time ke jenama ni. Lepas print mesti paper jammed!! Maka print aku pun berbunyi "ketak ketuk" yang amat menakutkan. Dahla selama ni aku dah bengang dengan printer sekarang kertas pulak low class.

Alah membeli menang memakai. Lepas ni saya mau beli ini jenama la pulak..

Setakat mahal singgit dua. Takde hal.Asalkan kualiti tip top. Takde jammed dah dekat printer aku. Tapi ada jugak barang murah yang aku beli tahan sampai sekarang. mungkin benda ni bergantung pada nasib.

p/s-niat nak print latihan. tapi paper asyik jammed.berpesbuk ajela. semua ni salah printer yang telah merosakkan mood saya di awal pagi.

Thursday, April 28, 2011

Tak jadi cikgu

Andai itu takdirnya...maka permohonan aku kali kedua untuk KPLSPM tak berjaya..Jom kita tengok gambar kat bawah ni.
Tak dapat lagi...
Sekali lagi aku tak dapat walaupun untuk panggilan temuduga. Tapi kali ni aku tak sedih macam aku mintak first time aritu.(Sape yang tak tahu kisah lagi. Klik Sini.) Aritu siap ponteng kerja semua..Frust menonggeng orang cakap. Aku terima hakikat, mungkin akan ada rezeki yang lagi baik untuk aku.

Ye...aku tahu aku dah lama tak update blog. Aku ingatkan kalau zackzukhairi update baru aku nak update.Tapi rupanya dia lagi lama tak update. Aku pun mengalah la.

Sejak aku masuk tingkatan 6 dan berada di upper 6. Dan pegang pulak jawatan. Mula terasa 24 jam tak cukup. Baru aku sedar bila kita memimpin, tak semudah macam kita mengkritik orang yang kita memimpin dulu. Kadang-kadang aku dah terasa nak give up. Mau chow dah... Tapi aku berjaya kuatkan semangat.

Konklusinya(macam buat karangan BM pulak) aku tak kisah aku tak dapat tawaran KPLSPM. Mungkin akan ada rezeki yang lagi baik untuk aku.. Mungkin jadi pensyarah sains politik?

Ok salam... rasa canggung lama tak menaip