Monday, August 24, 2009

Ramadhan Kembali

Salam semua sedar tak sedar bulan ramadhan dah kembali.Marilah kita bersama-sama merebut peluang di bulan yang mulia ni.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, August 18, 2009

Sampah


Kalau sebut pasal sampah macam-macam kita fikir.Busuk,Hina.Malah istilah sampah masyarakat pun wujud di kalangan masyarakat kita.

Ni alang-alang dah sentuh pasal sampah aku nak cerita sikit pasal mentaliti rakyat Malaysia yang masih tak boleh nak diubah-ubah.Kalau dulu rakyat Malaysia nak naik bas konfem berebut.Tapi sekarang dah reti pulak nak beratur.Sekarang ni mentaliti rakyat Malaysia tentang buang sampah memang teruk.Bukannya reti nak buang sampah dalam tong sampah.Ada tu dengan selambe dek nyee je buang sampah merata-rata.

Sabtu aritu surau kat rumah aku ada buat solat hajat dengan ceramah isra mikraj.Macam biasa la majlis besar mesti ada makan kan.Tapi yang sedihnya walaupun tong dan plastik sampah pihak surau dah sedia dengan belambak , bekas-bekas makanan dan minuman masih diorang tak reti nak buang kat tempat sepatutnya.Jadi keputusannya penuhla sampah-sampah kat atas jalan dan kawasan sekitar surau tu.Dah la rumah aku kat kawasan sekitar surau tu memang kotor la.Bukan ke Kebersihan Sebahagian Daripada Iman.Tapi aku memang berterima kasih kat beberapa AJK dan sukarelawan yang sanggup kutip sampah tu walaupun dah dekat pukul 12 tengah malam.

Akhir sekali aku harap rakyat Malaysia ni boleh ubah mentaliti supaya sampah tu di buang di tempat yang sepatutnya.Barula kita boleh duduk dalam negara yang aman dan bersih.

Sekian

Saturday, August 15, 2009

Tak Tenang


Minggu ni aku rasa jiwa aku macam tak tenang.Aku rasa kosong.Tak cukup sesuatu.Nak kata aku ni baru putus cinta tak jugak.Entahlah mungkin ada sesuatu di sebalik rasa tak tenang aku ni.Mungkin trial dah terlampau dekat sampai aku rasa macam ni.Aku rasa aku perlu teman untuk berbicara dan dengar masalah aku.Kalau pasal luah perasaan@masalah ni tak boleh luah kat sebarang orang ye tak?Seseorang yang dipercayai diperlukan untuk kita luahkan masalah kita.Biar kita betul-betul percaya kat orang tu.Jangan pendam nanti meletop.Susah.

Influenza A H1N1


Aku bukan suka sangat nak tulis pasal benda ni.Tapi memandangkan benda ni tengah hangat aku pun ambiklah kesempatan untuk bagi pandangan tentang bala yang diturunkan Allah kepada hambanya yang selama ni lalai dari mengingatinya.

Semalam 14 Ogos 2009 seramai 56 orang telah menemui ajal kerana wabak ni.Aku hairan macam mana bilangan kematian meningkat dengan begitu mendadak.Kalau kerajaan lagi lambat bertindak aku pun tak tahu berapa ramai lagi yang akan tekorban.Sesungguhnya kerajaan yang dipilih rakyat mempunyai satu tanggungjawab yang begitu berat dalam melindungi rakyat dan negara dari segala ancaman.Tak kira la ancaman pengganas atau ancaman wabak penyakit yang tengah menyerang sekarang.

Aku harap pihak berwajib terus peka dengan situasi yang semakin meruncing sekarang.Jangan asyik sibuk umum bilangan kematian je.Do Something Please.Kepada rakyat Malaysia sila beri kerjasama dalam membendung wabak ni.Kalau boleh pakailah topeng kalau keluar ke tempat awam(Walaupun Topeng susah nak dapat sekarang).Basuh Tangan sekerap mungkin.Last sekali marilah kita sama-sama berdoa agar kita dilindungi dari virus ni.

Thursday, August 13, 2009

Mana nak cari topeng???


Pergi sana awal-awal die tulis "Face Mask dah Habis".Pegi sini pun sama gak.Kemana diorang bawak lari topeng ni di saat semua orang memerlukan.Ada juga yang jual tapi mahal tahap nak mampos.Cuba korang bayang Rm2 untuk satu topeng tu boleh pakai sehari je.Kalau ada 6 orang satu keluarga tu korang kire sendiri la berapa ringgit sehari kene labur untuk satu gejala yang entah tiada bila nak menghilang.Kepada yang jual topeng tu janganla korang sorok kesian tau kat kitorang.Jual pun janganla mahal sangat.