Assalamualaikum.
Setiap universiti pasti ada kisah seramnya yang tersendiri, UTP dengan bangunan tak complete disebabkan tak boleh dibina kerana banyak sangat korban nyawa semasa pembinaannya. Takkan la PETRONAS tak cukup bajet nak tambah satu bahagian lagi kot. Jadi bangunannya tak jadi la bangunan yamg berbentuk bintang.
Ni sedikit kisah yang aku dapat daripada adik aku yang belajar di UTP. UPSI atau Universiti Pendidikan Sultan Idris turut tak terkecuali. UPSI yang ditubuhkan pada 1922 terkenal dengan kisah angkernya pada tarikh 10/10. Saban tahun, pelajar UPSI akan bercerita tentang UPSI 10/10 ni. Seolah olah 10/10 ni jadi sambutan ulang tahun. Pandai hantu pilih tarikh. Pada aku tarikh ini sebenarnya sekadar gurauan untuk menceriakan suasana dikala mahasiswa sibuk melakukan tugasan. Hantu dan setan ni bila-bila ada. Entah tengah baring sekali dengan aku taip entry.
Bangunan suluh budiman antara bangunan tertua di UPSI. Seni bina seakan gereja dan memang ada sumber cakap bangunan ni gereja pun dulu. Sekarang dah jadi Muzium Pendidikan Nasional. Kisahnya dulu piano berbunyi sendiri, potret yang matanya sentiasa bergerak memerhati, tapi tiada yang boleh mengesahkannya. Hanya berita dari mulut ke mulut.
Nak tahu lebih lanjut pasal UPSI teng teng boleh tengok
sini dan
sana.
Tiada apa yang perlu dirisaukan pun. Sesungguhnya manusia itu diciptakan sebaik baik kejadian dan iblis telah berjanji untuk menyesatkan anak adam sehingga kiamat. UPSI teng teng sekadar hiburan dikala bebanan tugasan melanda.