Saturday, February 6, 2010

Penat....

Huh minggu yang memenatkan dah berlalu.Khabarnya minggu depan En.Din nak manage sikit kedai baru.Memandangkan hanya hari Jumaat aku cuti jadi aku ambik kesempatan untuk duduk kat rumah je pagi.nak nikmati kenikmatan duduk rumah kot.Lepas Jumaat ada satu seruan untuk keluar beramai-ramai.Aku pun memang nak keluar sebab nak ambik gaji aku dari Yokke yang telah dipotong sebanyak RM 0.60...kene potong sebab lewat sampai dari balik solat Jumaat..aku redha jela memang salah aku pun lewat..tapi nak buat macam mana aku memang tak sempat nak on time...Hari Khamis my manager ada beritahu sedikit tips..muka kena senyum walaupun pelanggan marah kita sebab "kita mahu berikan khidmat servis yang terbaik".Aku pernah jugak naik angin dengan pelanggan.Dah bukan salah kita yang kau nak marah aku kenapa.Bila dah siap baru cakap..Huh kadang-kadang ley naik darah aku...tapi sabar je yang aku boleh buat..Sepanjang aku duduk kerja kat Pustaka Munirah macam-macam aku boleh belajar contohnya rahsia untuk berniaga dan strategi untuk berniaga.Communication Skill aku juga dapat ditingkatkan sebab aku berurusan dengan orang ramai.Harap satu lagi minggu yang mengasyikkan di Pustaka Munirah..
Salam 2all....cam boring je post kali ni

No comments:

Post a Comment

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment