Thursday, September 17, 2009

Tarian Pendet dan hubungan Malaysia Indonesia











Baru-baru ini Warga Malaysia dikejutkan dengan kempen sapu Malaysia di Jakarta Indonesia.Keadaan yang dicetuskan oleh rasa tidak puas hati rakyat Indonesia kepada Malaysia kerana mendakwa Malaysia telah mencuri Tarian Pendet dari Indonesia.

Para penunjuk perasaan yang bersenjatakan buluh runcing telah melancarkan kempen sapu Malaysia.Malah kedutaan Malaysia di Indonesia juga telah dilempar telur oleh para penunjuk perasaan.Keadaan juga diburukkan dengan khabar bahawa terdapat cadangan untuk berperang dengan Malaysia.Adakah kerana hanya kerana tarian dan beberapa isu berbangkit yang lain kita saudara sesama Islam sanggup untuk berperang.

Malaysia telah bertindak profesional dengan memohon maaf.Malah pihak Discovery yang bertanggungjawab menerbitkan iklan Enigmatic Malaysia turut meminta maaf.Hubungan baik Malaysia dan Indonesia tidak boleh dicemarkan dengan isu-isu yang remeh yang boleh diselesaikan di meja rundingan.

No comments:

Post a Comment

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment