Friday, September 11, 2009

Mengapa Islamofobia terjadi???



Mungkin perkara ni kita tidak merasainya di Malaysia.Namun umat islam di Barat sering dicop sebagai "terrorist" oleh masyarakat Barat.Selepas tragedi 9/11 gejala islamofobia ni semakin menjadi-jadi.Penduduk Islam terutama di Barat sering dipandang serong oleh masyarakat di sana.Malah media arus perdana di barat seperti BBC dan CNN sering memberikan laporan yang berat sebelah mengenai Islam.

Kejadian yang menimpa Marwa Ali El-Sherbini membuktikan bahawa sentimen Islamofobia memang menebal di kalangan masyarakat Barat.Apa yang sebenarya berlaku kepada Marwa?

Marwa yang merupakan seorang rakyat Mesir telah berpindah ke Jerman kerana mengikut suaminya Elwi Ali-Okaz yang mendapat kerja di sana.Peristiwa yang menyayatkan hati berlaku apabila jiran Marwa iaitu Alex seorang warga Jerman kelahiran Russia telah menikam Marwa di dalam mahkamah.Alex yang sering menghina Marwa kerana bertudung serta menuduh Marwa sebagi pelacur.Oleh itu Marwa telah mengambil jalan dengan mengheret Alex ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang tercemar.

Keputusan mahkamah telah memihak kepada Marwa dan Alex dikenakan denda sebayak 780 euro.Akibat tidak berpuas hati Alex telah telah menikam Marwa sebanyak 18 kali.Suami beliau yang cuba menyelamatkan isterinya turut ditikam.Malang bertimpa apabila Elwi telah ditembak oleh anggota polis kerana menyangka Elwi yang menyerang Marwa.

Media Barat tidak memberikan liputan yang sewajarnya terhadap kejadian ini.Cuba bayangkan apabila seorang kristian dibunuh sebegitu oleh seorang muslim sudah tentu keadaan menjadi sebaliknya.Dengan ini jelaslah menenjukkan bahawa sikap berat sebelah yang ditunjukkan oleh media Barat.

Memang gejala Islamofobia telah diwujudkan bagi meninggalkan sifat benci orang bukan Islam kepada orang Islam.Oleh itu kita sebagai seorang Islam perlu berusaha bagi membersihkan imej umat islam yang dibayangi ole Islamofobia.

No comments:

Post a Comment

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment