Tuesday, December 8, 2009

Dah habis dahhh



Akhirnya saat yang ditunggu tunggu oleh kebanyakkan pelajar tingkatan 5 dah sampai iaitu dengan berlabuhnya tirai SPM.Perasaan tak boleh nak digambarkan buat masa sekarang.Sedih sebab dah tak jumpa kawan-kawan lepas ni.Gembira tak payah dah sakit kepala otak kejap.

Sekarang ni aku tengah memikirkan apa ya agaknya yang boleh dilakukan ketika aku tengah menanggur ni.Takkan nak dok rumah makan tidur je kot.For sure badan aku macam dipam-pam lepas sebulan.Dalam fikiran aku nak cari kerja.Nak rasa jugaklah susah senang cari duit ni.Maklumlah selama ni duit dapat free je.Sasaran utama adalah pizza hut dengan A&W.Borang dah hantar tunggu je la diorang telefon nanti.

Lesen kereta.Ada perancangan jugak nak pergi ambik.Tapi yang malasnya pasal ambik lesen ni satu je la banyak sangat prosedur dia.Kene belajar itula,inila.Ambik lesen terbang jugak senang.Tapi jadi apa-apa sape nak tanggung.Korang ke?Ada lesen nanti boleh la pergi merayau naik kereta pulak tukar selera dari motor ke kereta.Hijrah kata orang dari benda ni kepada satu benda yang lebih baik.

Macam mana pun cuti yang panjang ni rasa senak jugak kepala otak nak fikir benda lain yang aku boleh buat.Tambah koleksi awek??Aku awek pun takde lagi ni.Kire ok la jugak.Anyway kepada pelajar-pelajar yang dah habis SPM tu jaga diri sikit.Jangan dok enjoy sampai tak ingat dunia.Solat jangan tinggal la.Ingat la pesan pokcik ni anak-anak weiii.

No comments:

Post a Comment

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment