Saturday, September 25, 2010

Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen

Petang tadi aku dah tengok cerita Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen kat GSC East Coast Mall Kuantan.Sebenarnya takde dalam perancangan aku pun nak tengok cerita ni tapi memandangkan takde cerita lain yang boleh memenuhi selera aku yang amat meminati genre thriller maka cerita ni lah yang paling tepat.

Ni adalah filem kantonis pertama aku tengok.Pelakon dalam filem ni pun aku tak kenal sorang pun. Malah Andrew Lau director filem ni pun aku ingat lupa-lupa je dia.Tak berapa kenal.
Beli tiket pukul 3.32pm cerita start pukul 3.25pm.Kali ni kenapa la iklan dia sekejap sangat.Nasib baik tak terlepas banyak intro dia.Itulah banyak sangat fikir nak tengok cerita apa sampai lewat masuk hall.

Cerita ni mengisahkan tentang seorang mamat yang bernama Chen Zen yang dilakonkan oleh Donnie Yen.Mamat ni merupakan bekas askar China dulu.Dia ni seorang yang cintakan tanah air yang menentang Jepun daripada menjajah China masa tu.


Dalam movie ni banyak aksi. Malah masa Chen Zen diseksa tentera Jepun ada sumber mengatakan dia dah berbogel bagi me"real"kan babak kena seksa tu.

Aku pun tak reti nak bagi komen panjang untuk movie ni.Apa-apa pun aku tak terasa rugi tengok movie ni sebab banyak aksi berbanding cerita lain yang gempak je lebih tapi babak action 1 scene je.

Sebelum aku tamatkan entry kali ni sebelum aku balik tadi aku ada beli roti kat satu tempat ni.Lepas aku bayar baru aku sedar yang tukang buat roti ni adalah bukan Islam maka aku pun was-was nak makan sebab sijil halal yang dia letak kat dinding pun photostat. Bab makanan halal haram ni jangan buat main-main nanti boleh jadi darah daging.Maka roti tersebut telah dibuang.

Okeh sesiapa nak tengok cerita thriller yang best aku cadangkan movie ni. Berbaloi-baloi...
Rate 4/5 bintang.





6 comments:

  1. lu nk tgk mvie...kt megamall ag byk mvie yg latest..kt ecm kurang....

    ReplyDelete
  2. aku bukan peminat citer produk tembok besar @ pulau mewah..hehe

    ReplyDelete
  3. citer ni mmg best...dulu legend of the fist yg pertama di lakonkan oleh jet li...yg jet li pon dah best giler...yg ni mcm best jer tgk preveiu(aku bl tgk ;p_

    ReplyDelete
  4. mcm poyo sbb pakai baju putih sbb nk nampak darah.. hahahaa

    ReplyDelete
  5. wei boyot..g dok ajok sek2 bk3 owkk

    ReplyDelete

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment