Sunday, October 3, 2010

Cerita zaman budak-budak

Entry ni dah lama aku nak tulis tapi tak berkesempatan je.Nasib baik tak hilang idea ni.Lepas baca entry Long Hafiz terus aku terasa nak menaip entry ni.

Zaman kecik-kecik dulu aku amatla meminati kartun.Rasa semua budak-budak minat kartun kot... Kalau dulu pukul 6.30 TV aku dengan adik aku yang punye.

Antara kartun yang aku layan zaman dulu adalah....

Yang menjadi kegilaan para budak hingusan zaman aku adalah Power Rangers.Masa tu Power Rangers Mighty Morphin.Power Rangers zaman sekarang aku rasa tak best la.Mighty Morphin Power Rangers ni ada umphh..

Zaman tu masing-masing sibuk "aku power rangers merah,aku power rangers hitam".Aku dulu siap berbalah lagi dengan adik aku pasal benda ni.Amat tak matured sekali.(-_-")

Kemudian cerita Doraemon.Aku rasa cerita doraemon ni amat menarik.Masa dulu sibuk berangan kalau la mesin masa doraemon tu ada boleh aku pinjam tengok sape bakal bini aku..HUH..
Bila tengok pintu suka hati je berangan kalau ada benda ni boleh aku pergi rumah nenek.Toksah naik kete lama-lama lagi.Nak berak pun susah. oh zaman budak-budak..Masa tu aku siap record semua cerita doraemon ni dekat tape macam kat gambar bawah..Zaman sekarang dah pupus benda ni.

Zaman tu takde DVD, blue ray ni semua..




Satu dari cerita doraemon ni yang bagus adalah mengenai erti persahabatan. Tak kira susah macam mana pun, walaupun hampir dengan maut diorang tetap bersama,Tu baru sahabat sejati.Susah senang bersama.

Akhir sekali atas permintaan kawan aku Ali Amirul adalah Ultraman.Aku tak berapa berminat sangat cerita Ultraman ni.Hanya tengok-tengok macam tu aje.Hanya disebabkan aku membetulkan nama hero Ultraman Cosmos je tadi dalam kelas terus aku digoreng oleh Ali.Hampeh la lu Ali.Biar ko minat sampai mimpi Ultraman cosmos ni pun.


Baiklah sampai sini saje entry aku kali ni.Blog aku dah ada header.Nanti aku cerita pasal header tu.Mau cari komik doraemon adik aku kejap.Hihihi

5 comments:

  1. aku masih minat katun lagi. tapi katun anime.

    ReplyDelete
  2. wakakakka...AzwanTaro !

    ReplyDelete
  3. abu-aku ingat ko minat sailormon
    zool-aku minat gak anime tapi skrg da kurang la
    ali-taro ultraman lama la.Cosmos la moden sikit

    ReplyDelete

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment