Wednesday, September 30, 2009

Hari Raya


Sori coz lambat update maklumlah sibuk beraya la katakan.Komputer kat rumah pun buat hal.Tahun ni keluarga aku beraya kat sini je pada hari pertama.Malam raya je baru kitorang bertolak balik ke Johor.Tahun ni jugak aku first time jugak pakai baju raya kale putih.Bapa Sedare aku bagitahu macam baju budak sekolah agama Johor je.

Sehari sebelum raya mak aku masak nasi minyak.Terkejut gak aku sedap sangat mak aku masak nasi minyak kali ni kalah beli kat kedai.Sebagai tradisi keluarga kitorang tapai memang dibuat setiap tahun.Malam tu jugak kitorang bungkus tapai nak dibawa balik ke Johor.Kat Johor takde ye tapai daun getah ni

Pagi 1 Syawal aku bangun awal pagi dan segera mandi sunat aidilfitri.Baju melayu warna putih terus aku sarung beserta samping songket Terengganu.Sekali pandang macam nak pegi nikah la pulak.Keluarga aku yang lain semua baju warna hijau aku ni memang degil sikit nak wat pelik la konon.Perjalanan ke Felda Seberang Tayor yang mengambil masa lebih kurang 30 minit terasa sekejap je.Kat sana nenek aku yang sakit duduk je kat rumah.Dah lebih 3 bulan die sakit sebab tu la keluarga aku raya kat sini dulu.Kat masjid setelah mendengar khutbah raya dan sebelum solat raya ada perutusan dari Pemangku Raja aku ada jumpa ruzairi dengan Fizi.Balik tu saat yang ditunggu-tunggu aku dah tiba pemberian duit raya.Boleh tahan jugak mak aku bagi duit raya tahun ni untung ape tah banyak sangat tahun ni.Memang ramai datang rumah atuk aku sampai aku pun tak sempat nak pegi beraya kat rumah sekitar tu.

Malam tu kitorang bertolak balik ke Johor.Kereta jangan cerita la banyak.Nasib baik takde kemalangan tengah jalan.Sekitar jam 12 tengah malam kitorang sampai.Kat kampung Cik Man aku ada.Dah lama jugak la aku tak jumpa die lebih kurang dua tahun dah.Keje sebagai kepten kapal memang jarang boleh jumpa.Kat kampung ni kitorang pegi melawat saudara mara kat Parit Jelutung.raya ke 4 kitorang beraya kat kulai pulak bukan pergi rumah mawi ok.

Raya ke 5 balik ke kemaman sampai je kat rumah terus aku start motor kapcai aku dan pegi raya kat rumah cikgu febing dengan Husna bersama-sama Zul,Abu,Shahrafi dengan Muzammil.

Jumaat aku bercadang dengan abu nak pegi banyak rumah tapi 2 buah je boleh pergi.Rumah Hazhim kat Geliga.Aku dengan selamba bawak motor pergi geliga dah la roadtax moto dah mati nasib baik tak jumpe Polis kalau tak kecut gak perut ni.Kat rumah hazhim aku jumpe la pulak fadhilat,medi,zul.Rumah kedua yang dituju adalah rumah fiza makan nasi ayam.Last sekali semua ke rumah aku kecuali abu sebab kawan dia datang rumah.

Sabtu memang cipta rekod rumah paling lama pergi beraya dalam sehari.Destinasi pertama rumah Nadiah.Makan mee kari .Seterusnya rumah Cikgu Nisah.Kat rumah cikgu nisah kitorang cakap jap dengan cikgu sebelum ke rumah cikgu salasiah.kat rumah cikgu salasiah nasi minyak pulak aku makan sikit je la sebab perut kenyang gile.Lepas tu rumah Soleha.dok sekejap sebelum pegi ke rumah yang seterusnya iaitu rumah cikgu kamzizah dan rumah iffah.Last sekali rumah Nadia.Dari pagi sampai petang jugak la aku,abu,zul,medi pegi beraya.

Memandangkan SPM tak sampai 2 bulan lagi aku rasa macam raya aku dah habis je.Duit raya tak banyak macam dulu mungkin aku ni dah nampak macam bapak budak dah ni silap haribulan aku pulak yang kene bagi duit raya.

Wednesday, September 23, 2009

Nur Kasih



Kepada peminat drama bersiri nur kasih yang bersiaran setiap jumaat kat tv3 jam 9 malam tu korang mesti tertanya-tanya kan ending die.Semalam mase aku tengah baca-baca forum ni aku terselak la benda ni sinopsis cerita nur kasih dari episod 1 hingga episod 26.Aku layan cerite ni rase nak nangis wooo.







Sinopsis drama nur kasih

p/s:kepada sesiapa yang nak suspen tengok drama ni jangan baca sinosis tu..

Thursday, September 17, 2009

Tarian Pendet dan hubungan Malaysia Indonesia











Baru-baru ini Warga Malaysia dikejutkan dengan kempen sapu Malaysia di Jakarta Indonesia.Keadaan yang dicetuskan oleh rasa tidak puas hati rakyat Indonesia kepada Malaysia kerana mendakwa Malaysia telah mencuri Tarian Pendet dari Indonesia.

Para penunjuk perasaan yang bersenjatakan buluh runcing telah melancarkan kempen sapu Malaysia.Malah kedutaan Malaysia di Indonesia juga telah dilempar telur oleh para penunjuk perasaan.Keadaan juga diburukkan dengan khabar bahawa terdapat cadangan untuk berperang dengan Malaysia.Adakah kerana hanya kerana tarian dan beberapa isu berbangkit yang lain kita saudara sesama Islam sanggup untuk berperang.

Malaysia telah bertindak profesional dengan memohon maaf.Malah pihak Discovery yang bertanggungjawab menerbitkan iklan Enigmatic Malaysia turut meminta maaf.Hubungan baik Malaysia dan Indonesia tidak boleh dicemarkan dengan isu-isu yang remeh yang boleh diselesaikan di meja rundingan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Raya dah semakin dekat dan ramadhan yang semakin tua meninggalkan kita.Di kesempatan ini aku ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua yang menganali aku sesungguhnya aku hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

Trial dah habis persengketaan turut berakhir


Tepat jam 2.00 petang semalam tarikh 16 Sept 2009 berakhirlah percubaan SPM 2009.Aku tak tahu la nak kata apa.Lega tak jugak sebab ada spm lak lepas ni.Masa trial ni aku tengok macam-macam cara kawan-kawan aku study.ada yang study sampai lewat malam ada yang tak study terus.Aku lak tengah-tengah study la sikit-sikit.

Berakhirnya trialdan aku rasa berakhir jugak la konfentrasi aku dengan salah seorang rakan aku ni.Aku yang sebelum ni dijadikan oleh 'dia' tunggul kayu.Mula-mula aku tak rasa ape-ape kot-kot die sakit gigi ke ape.Tapi lepas 2 minggu lebih keadaan tetap tak berubah aku memang pelik la.Aku ada mintak nasihat dari 2 orang kawan yang memang aku percaya dan syukur aku dah hampir boleh merubah keadaan ni dari terus menjadi nanah.Kapada si 'dia' aku mintak maaf kalau selama ni aku ada buat salah dengan kau.Mungkin selama ni aku tak sedar aku dah tersalah cakap atau aku dah melakukan sesuatu yang mungkin menyakitkan hati kau yang lembut tu.

Kepada 2 orang kawan aku yang bagi idea dan nasihat tu. Aku ucapkan bebanyak terima kasih.

Friday, September 11, 2009

Mengapa Islamofobia terjadi???



Mungkin perkara ni kita tidak merasainya di Malaysia.Namun umat islam di Barat sering dicop sebagai "terrorist" oleh masyarakat Barat.Selepas tragedi 9/11 gejala islamofobia ni semakin menjadi-jadi.Penduduk Islam terutama di Barat sering dipandang serong oleh masyarakat di sana.Malah media arus perdana di barat seperti BBC dan CNN sering memberikan laporan yang berat sebelah mengenai Islam.

Kejadian yang menimpa Marwa Ali El-Sherbini membuktikan bahawa sentimen Islamofobia memang menebal di kalangan masyarakat Barat.Apa yang sebenarya berlaku kepada Marwa?

Marwa yang merupakan seorang rakyat Mesir telah berpindah ke Jerman kerana mengikut suaminya Elwi Ali-Okaz yang mendapat kerja di sana.Peristiwa yang menyayatkan hati berlaku apabila jiran Marwa iaitu Alex seorang warga Jerman kelahiran Russia telah menikam Marwa di dalam mahkamah.Alex yang sering menghina Marwa kerana bertudung serta menuduh Marwa sebagi pelacur.Oleh itu Marwa telah mengambil jalan dengan mengheret Alex ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang tercemar.

Keputusan mahkamah telah memihak kepada Marwa dan Alex dikenakan denda sebayak 780 euro.Akibat tidak berpuas hati Alex telah telah menikam Marwa sebanyak 18 kali.Suami beliau yang cuba menyelamatkan isterinya turut ditikam.Malang bertimpa apabila Elwi telah ditembak oleh anggota polis kerana menyangka Elwi yang menyerang Marwa.

Media Barat tidak memberikan liputan yang sewajarnya terhadap kejadian ini.Cuba bayangkan apabila seorang kristian dibunuh sebegitu oleh seorang muslim sudah tentu keadaan menjadi sebaliknya.Dengan ini jelaslah menenjukkan bahawa sikap berat sebelah yang ditunjukkan oleh media Barat.

Memang gejala Islamofobia telah diwujudkan bagi meninggalkan sifat benci orang bukan Islam kepada orang Islam.Oleh itu kita sebagai seorang Islam perlu berusaha bagi membersihkan imej umat islam yang dibayangi ole Islamofobia.

Thursday, September 3, 2009

MENGUMPAT

Sempena bulan puasa ni aku nak bagi sedikit tazkirah la pasal mengumpat ni.Kalo kite duduk ramai-ramai bercakap mesti ada terselit jugak mengumpat.Memang best mengumpat ni kalo korang nak tahu.Allah S.W.T telah berfirman
mengingatkan kita dalam firmanNya,
"Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)
Jadi aku post benda ni bukan tuju kat sesiapa pun aku pun tak nafikan aku pun pernah mengumpat orang tapi marilah sama-sama kita berbah.Dahla tu mengumpat tambah dosa je

TRIAL SPM!!!!!

Sudah tiba la waktu yang aku tak tunggu-tunggu trial SPM.Start 1 September hingga raya nanti.Boleh meletop kepale otak aku nak menjawab soalan-soalan yang entah apa jawapan die.Camnepun selamat menduduki percubaan SPM buat budak form 5 di seluruh Malaysia