Wednesday, March 17, 2010

I'm Back......

Huh salam dah dekat sebulan aku meninggalkan blog ni berlumut..Meh nak sental jap..Tengok kan dah hilang lumut ni..Sejak akhir-akhir ni aku sendiri pening dengan keadaan diri aku.Sampai kadang-kadang terasa "eh aku ni betol ke tak".Fuhh dasyat sampai begitu sekali.Nak tahu apa yang membuatkan aku memjadi macam ni zassss jom kita layan story aku.

Ingat tak 11 Mac aritu semua calon SPM 2009 ambil keputusan masing-masing.Aku pun kalau ikut hati nak cakap macamni je kat cikgu Nisah my former History teacher.Cikgu, kalau result saya tip top cikgu tolong ambilkan kalau tak cikgu pergi jela bakar ye.hehehe.Aku ni memang teruk la macam tanak menghadapi realiti yang bakal pasti datang menjenguk mukanya yang tak hensem setelah aku baru bangun tido.Kalau muka cun macam Lisa Surihani ok gak ni muka macam puaka niyang rapik je.ok dah cukup mengarut.

Aku ingatkan ambil keputusan kat sekolah kejap je rupa-rupanya lama tahap ape tah aku sendiri tak reti nak describe.Panggil sorang-sorang budak Straight A'a sampai 5A's naik pentas.Yang perempuan habis dipeluk,dicium oleh cikgu.Kalau lelaki korang fikir sendiri la ye.Bukan muhrim haram peluk-peluk ni ye..Nak di shortkan cerita akhirnya nama aku ni dipanggil la naik pentas.Korang teka sendiri la berapa A yang aku dapat.Nasib baik aku dapat naik pentas kalau tak konfem dan pasti aku balik rumah mengamuk..hhehehe.

Tapi di sebalik kegembiraan terpalit sedikt duka.Cis jiwang semacam je ayat.Yela ape taknya result aku dah menafikan peluang untuk aku ke Jepun.Semua ni sebab "subjek gila" ni la..Kalau tak dengan bergayanya aku melangkah ke negara matahari terbit tu..Cool tu beb.Ok takpe tu mungkin bukan rezeki aku.Tumpuan utama sekarang pemilihan course yang tepat berdasarkan minat dan peluang kerjaya untuk masa depan.Yela nanti bila umor dah 25,26 dah sibuk gatal nak kahwin.Tapi kerja hampeh tanak aku tanggung anak dara orang dengan pasir.Kecuali aku jadi pengeksport pasir berjaya.

Sekarang ni aku dengan shahrafi dah banyak menghabiskan masa dekat kedai baru.Rasa rindu pulak nak kacau akak-akak kat kedai lama.Tak lama lagi kitorang dah nak berhenti..Kalau ikut perancangan En Din 28 Mac ni dia nak buka kedai baru tu.Tapi masalah utama takde pekerja lelaki lagi.Ok sini nak buat iklan free "tak berbayar"PUSTAKA MUNIRAH MEMERLUKAN PEKERJA LELAKI GAJI RM500+BONUS+ELAUN.BERMINAT SILA HUBUNGI EN SAIFUDIN AWANG DI TALIAN 0127822384

Ok sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini..Hehe skema giler ayat.Anyway thanks kepada semua yang menaikkan semangat aku yang sedikit down haritu terutama kepada my parents,afifah,sarina,shahrafi,zul dan kawan-kawan yang membantu aku menghadapi realiti..SALAM HORMAT.Hidup mesti diteruskan..

Friday, February 19, 2010

merapu.......

Makin lama makin pening aku pikir pasal result SPM ni...berapa A la aku boleh skor..tapi biar la aku dah usaha habis dah..tinggal doa je la.Dalam dok tengah pening-pening ni dapat jugak lesen kelas D yang aku nak sangat..Nasib baik sekali test je taw..Haha dahla pegawai pompuan yang test bederau darah aku.Seb baik dia dah kawin..Hehehe.Lepas ni boleh jugak aku pusing ronda-ronda bawak kereta.Tapi kadang-kadang bawak motor lagi laju,pantas dan jimat.Boleh cilok-cilok bawak kereta mana boleh cilok.eksiden karang.

Sekarang ni aku ngan shahrafi tengah menggodam sistem dekat Cawangan Pustaka Munirah dekat KM1 Jalan air puteh.Kat depan mpk tu.Nak kene buat masuk harga semua barang dekat dalam komputer.Lama-lama boleh biol jugak kepala otak ni kot..tapi sekurang-kurangnya boleh jugak aku buat keje behind the scene sebelum kedai dibuka..Sekarang ni aku nak cube la kurangkan perbelanjaan aku ni..Nak simpan jugak duit gaji kot-kot boleh buat kawin..hehe kuat berangan sungguh la aku ni..


Nak cerita pasal Facebook pulak.Sekarang pegi mana-mana semua orang cakap pasal Facebook.Sampai adik aku yang kecik pun ada facebook.Best jugak layan facebook ni sampai tak ingat dunia kadang-kadang..main kuiz dia..macam-macam hal ada.Alang-alang dah cerita pasal dunia internet ni aku ada terselak satu blog yang agak best untuk tatapan http://zackzukhairi.blogspot.com..blog yang aku rasa best untuk dibaca..kalau tak malu singgah la kat blog saudara zack tu..takpe pergi blog dia lepak buat macam blog sendiri ye...ok la jalan dulu..nak ronda-ronda..salam
ARGHH P1 GILEEEEEE

Saturday, February 6, 2010

Penat....

Huh minggu yang memenatkan dah berlalu.Khabarnya minggu depan En.Din nak manage sikit kedai baru.Memandangkan hanya hari Jumaat aku cuti jadi aku ambik kesempatan untuk duduk kat rumah je pagi.nak nikmati kenikmatan duduk rumah kot.Lepas Jumaat ada satu seruan untuk keluar beramai-ramai.Aku pun memang nak keluar sebab nak ambik gaji aku dari Yokke yang telah dipotong sebanyak RM 0.60...kene potong sebab lewat sampai dari balik solat Jumaat..aku redha jela memang salah aku pun lewat..tapi nak buat macam mana aku memang tak sempat nak on time...Hari Khamis my manager ada beritahu sedikit tips..muka kena senyum walaupun pelanggan marah kita sebab "kita mahu berikan khidmat servis yang terbaik".Aku pernah jugak naik angin dengan pelanggan.Dah bukan salah kita yang kau nak marah aku kenapa.Bila dah siap baru cakap..Huh kadang-kadang ley naik darah aku...tapi sabar je yang aku boleh buat..Sepanjang aku duduk kerja kat Pustaka Munirah macam-macam aku boleh belajar contohnya rahsia untuk berniaga dan strategi untuk berniaga.Communication Skill aku juga dapat ditingkatkan sebab aku berurusan dengan orang ramai.Harap satu lagi minggu yang mengasyikkan di Pustaka Munirah..
Salam 2all....cam boring je post kali ni