Friday, September 11, 2009

Mengapa Islamofobia terjadi???



Mungkin perkara ni kita tidak merasainya di Malaysia.Namun umat islam di Barat sering dicop sebagai "terrorist" oleh masyarakat Barat.Selepas tragedi 9/11 gejala islamofobia ni semakin menjadi-jadi.Penduduk Islam terutama di Barat sering dipandang serong oleh masyarakat di sana.Malah media arus perdana di barat seperti BBC dan CNN sering memberikan laporan yang berat sebelah mengenai Islam.

Kejadian yang menimpa Marwa Ali El-Sherbini membuktikan bahawa sentimen Islamofobia memang menebal di kalangan masyarakat Barat.Apa yang sebenarya berlaku kepada Marwa?

Marwa yang merupakan seorang rakyat Mesir telah berpindah ke Jerman kerana mengikut suaminya Elwi Ali-Okaz yang mendapat kerja di sana.Peristiwa yang menyayatkan hati berlaku apabila jiran Marwa iaitu Alex seorang warga Jerman kelahiran Russia telah menikam Marwa di dalam mahkamah.Alex yang sering menghina Marwa kerana bertudung serta menuduh Marwa sebagi pelacur.Oleh itu Marwa telah mengambil jalan dengan mengheret Alex ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang tercemar.

Keputusan mahkamah telah memihak kepada Marwa dan Alex dikenakan denda sebayak 780 euro.Akibat tidak berpuas hati Alex telah telah menikam Marwa sebanyak 18 kali.Suami beliau yang cuba menyelamatkan isterinya turut ditikam.Malang bertimpa apabila Elwi telah ditembak oleh anggota polis kerana menyangka Elwi yang menyerang Marwa.

Media Barat tidak memberikan liputan yang sewajarnya terhadap kejadian ini.Cuba bayangkan apabila seorang kristian dibunuh sebegitu oleh seorang muslim sudah tentu keadaan menjadi sebaliknya.Dengan ini jelaslah menenjukkan bahawa sikap berat sebelah yang ditunjukkan oleh media Barat.

Memang gejala Islamofobia telah diwujudkan bagi meninggalkan sifat benci orang bukan Islam kepada orang Islam.Oleh itu kita sebagai seorang Islam perlu berusaha bagi membersihkan imej umat islam yang dibayangi ole Islamofobia.

Thursday, September 3, 2009

MENGUMPAT

Sempena bulan puasa ni aku nak bagi sedikit tazkirah la pasal mengumpat ni.Kalo kite duduk ramai-ramai bercakap mesti ada terselit jugak mengumpat.Memang best mengumpat ni kalo korang nak tahu.Allah S.W.T telah berfirman
mengingatkan kita dalam firmanNya,
"Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)
Jadi aku post benda ni bukan tuju kat sesiapa pun aku pun tak nafikan aku pun pernah mengumpat orang tapi marilah sama-sama kita berbah.Dahla tu mengumpat tambah dosa je

TRIAL SPM!!!!!

Sudah tiba la waktu yang aku tak tunggu-tunggu trial SPM.Start 1 September hingga raya nanti.Boleh meletop kepale otak aku nak menjawab soalan-soalan yang entah apa jawapan die.Camnepun selamat menduduki percubaan SPM buat budak form 5 di seluruh Malaysia