Saturday, January 22, 2011

Aku seorang pemalas.

Yes! dah cipta rekod sebulan tak update blog.Patut takde orang nak baca blog kau azwan. Aku sebenarnya tunggu-tunggu jugak orang tanye puluh-puluh kali kenapa aku tak update blog. Macam Zack tu.Tapi hampeh.. Sorang dua aje yang tanya. Huh...


Tengok. Ada jugak orang tanya aku bila nak update blog terharu pulak rasanya. Nak menangis pun ada. Tisu plizzzz... Terima kasih la cik adik shuhada abdullah yang comel lagi kiut sebab ikuti blog aku...
Ok sebenarnya aku nak cerita pasal benda ni. Filem Faster. Aku pergi la tengok semalam. The rock berlakon. Sebab dia la aku teruja sangat nak pergi tengok walaupun tiket mahal tahap tak patut...


Wan Nurul Jannah tu geng aku masa sekolah rendah. Comey lotey leni

Tengok la harga dia.. mahal giler.. Memandangkan The Rock berlakon takpela.Aku relakan. Masuk je WAH!!! sangat ramai orang.Mesti best cerita ni. Setelah 30 minit cerita ni berlalu geng aku dah boleh teka ending dia. Lepas sejam berlalu aku dah mula rasa bosan. Warghhh!! ape ni tak best la cerita ni. Aku pandang kanan, kiri depan belakang ada awek dah rebah atas bahu pakwe masing2. Ada dok sembang. Huh.. Kecewa aku. Kenapa la tak best filem ni.

Kalau aku tahu aku tengok cerita khurafat aja. Boleh gak tekup-tekup muka dengan tangan sambil jerit ketakutan bersama awek-awek yang berada dalam panggung tu.

Jalan cerita yang terlalu lurus dan tak dinyatakan dengan jelas peranan seorang watak dalam filem ni iaitu KILLER. Bagi aku baik tak payah wujudkan watak si Killer ni kalau setakat nak tunjuk adegan dia dengan awek dia..Memang pecah punggung la filem ni.

Konklusinya.Aku dah update blog hari ni. Niat nak update memang ada.Tapi terbantut sokmo. Haiizzz.. Tunggu DVD Rip khurafat pulak la. Takmau dah pergi panggung minggu ni.Lari sudah bajet gua.ahaks
Siapa dah download filem pecah panggung rm 40juta dR Rozmey? aku nak tengok..haha


1 comment:

Nak luah perasaan?? Silakan jangan malu-malu
1001 comment