Monday, December 6, 2010

Jom masuk jamban sama-sama

WOW!! Sebulan aku bercuti.Panjang giler.Lama giler.Aku pun dah macam nak giler.Aku duduk rumah je cuti ni.Takde duit nak cuti lama-lama ni.

OK.Nampak tak tajuk kat atas tu? Ok.Sekarang ni kira standed la kalau masuk jamban kene bayar kan?

Sekarang ni nak masuk jamban paling koman 20sen.Tu yang paling biasa akku tengok tak kira untuk lepas yang BESAR atau yang kecik.... Dan masa aku pergi Cameron Highland aritu aku tertarik dengan kadar masuk jamban ni.

Kencing-20sen
Berak-30sen
Gosok gigi-50sen
Mandi-Singgit

Kenapa gosok gigi lagi mahal? Sepatutnya gosok gigi paling murah.Pinjam air sikit je.Ubat gigi dengan berus gigi sendiri.Ke ada perkhidmatan pinjaman berus gigi kat situ?MySpace


Ok.sampai sini jela aku taip.Nak belek-belek movie dalam hard disk ni dulu.

Adios


Sunday, November 7, 2010

Pasangan bahagia betul mereka

Hari jumaat itu hari aku sekali lagi ke Kuantan untuk tengok wayang..Agak-agak kuantan pun dah jemu dengan aku ni.. Plan asal aku nak tengok cerita red atau takers yang ceritanya semua rated 18.Namun disebabkan aku ditemani oleh 2 orang budak kecik yang kesemuanya under 13 lagi dan seorang remaja under 18 maka plan terpaksa diubah..
MySpace

Maka aku pun memesan 4 keping tiket movie yang sesuai untuk kanak-kanak iaitu MEGAMIND.

Ok.Cerita ni agak ok dan jalan ceritanya tak sama macam cerita superhero yang biasa.Nak tahu kenapa? Tonton sendiri ye.

Aku perhatikan ramai kapel yang dok tengok cerita ni.Kenapa ye? Ni konklusi kalau ikut pemikiran aku.

Si boyfriend mempunyai selera nak tengok cerita berbunuhan
Si awek mengidam nak tengok cerita Cuti-cuti Cinta
Disebabkan si boyfriend tak mau mendengar dialog "nasi lemak 50sen" maka dia memutuskan untuk tengok cerita animasi Megamind je.
MySpace



Amacam boleh diterima akal korang tak?

Thursday, October 28, 2010

Aku dulu seorang pelakon

Aku dulu pelakon.Korang percaya tak? Memang nama aku tak segah Rosyam Nor,Remy Ishak.Tapi aku penah jugak belakon.

Aku dulu penah berlakon zaman form 5 dulu.Semua ni untuk suka suka je.Pengarah abang emy dan geng-geng muka tak malu sebagai pelakon.

Antara scene dalam salah satu video yang aku belakon.


Ok kalau korang nak tengok lagi banyak video aku and the geng boleh la ke www.youtube.com/bombmaker92.