Sunday, November 7, 2010

Pasangan bahagia betul mereka

Hari jumaat itu hari aku sekali lagi ke Kuantan untuk tengok wayang..Agak-agak kuantan pun dah jemu dengan aku ni.. Plan asal aku nak tengok cerita red atau takers yang ceritanya semua rated 18.Namun disebabkan aku ditemani oleh 2 orang budak kecik yang kesemuanya under 13 lagi dan seorang remaja under 18 maka plan terpaksa diubah..
MySpace

Maka aku pun memesan 4 keping tiket movie yang sesuai untuk kanak-kanak iaitu MEGAMIND.

Ok.Cerita ni agak ok dan jalan ceritanya tak sama macam cerita superhero yang biasa.Nak tahu kenapa? Tonton sendiri ye.

Aku perhatikan ramai kapel yang dok tengok cerita ni.Kenapa ye? Ni konklusi kalau ikut pemikiran aku.

Si boyfriend mempunyai selera nak tengok cerita berbunuhan
Si awek mengidam nak tengok cerita Cuti-cuti Cinta
Disebabkan si boyfriend tak mau mendengar dialog "nasi lemak 50sen" maka dia memutuskan untuk tengok cerita animasi Megamind je.
MySpace



Amacam boleh diterima akal korang tak?

Thursday, October 28, 2010

Aku dulu seorang pelakon

Aku dulu pelakon.Korang percaya tak? Memang nama aku tak segah Rosyam Nor,Remy Ishak.Tapi aku penah jugak belakon.

Aku dulu penah berlakon zaman form 5 dulu.Semua ni untuk suka suka je.Pengarah abang emy dan geng-geng muka tak malu sebagai pelakon.

Antara scene dalam salah satu video yang aku belakon.


Ok kalau korang nak tengok lagi banyak video aku and the geng boleh la ke www.youtube.com/bombmaker92.


Wednesday, October 27, 2010

Sotong Mati

Ok...dua post aku pasal binatang. First pasal babi kemudian pasal sotong pulak.

Pagi tadi sedang aku dengar radio Hot FM, terdengar berita pasal sotong mati. Alah setakat sotong mati pun nak heboh ke? Rupanya sotong merangkap ahli nujum world cup tu yang mati.Nama dia Paul. Paul is dead right now..(aku dah pandai speaking london sekarang).

Nama: Paul
Alamat Terakhir: Sea Life Aquarium, Jerman
Pekerjaan:Ahli Nujum Piala Dunia 2010.(ramalan disahkan berlaku)
Tarikh Kematian : Selasa bersamaan 26 Oktober 2010 masihi.
Punca Kematian : Sakit tua di usia 2 Tahun setengah.


Lepas ni binatang mana pulak nak ambik alih jawatan si Paul ni?