Saturday, September 25, 2010

Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen

Petang tadi aku dah tengok cerita Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen kat GSC East Coast Mall Kuantan.Sebenarnya takde dalam perancangan aku pun nak tengok cerita ni tapi memandangkan takde cerita lain yang boleh memenuhi selera aku yang amat meminati genre thriller maka cerita ni lah yang paling tepat.

Ni adalah filem kantonis pertama aku tengok.Pelakon dalam filem ni pun aku tak kenal sorang pun. Malah Andrew Lau director filem ni pun aku ingat lupa-lupa je dia.Tak berapa kenal.
Beli tiket pukul 3.32pm cerita start pukul 3.25pm.Kali ni kenapa la iklan dia sekejap sangat.Nasib baik tak terlepas banyak intro dia.Itulah banyak sangat fikir nak tengok cerita apa sampai lewat masuk hall.

Cerita ni mengisahkan tentang seorang mamat yang bernama Chen Zen yang dilakonkan oleh Donnie Yen.Mamat ni merupakan bekas askar China dulu.Dia ni seorang yang cintakan tanah air yang menentang Jepun daripada menjajah China masa tu.


Dalam movie ni banyak aksi. Malah masa Chen Zen diseksa tentera Jepun ada sumber mengatakan dia dah berbogel bagi me"real"kan babak kena seksa tu.

Aku pun tak reti nak bagi komen panjang untuk movie ni.Apa-apa pun aku tak terasa rugi tengok movie ni sebab banyak aksi berbanding cerita lain yang gempak je lebih tapi babak action 1 scene je.

Sebelum aku tamatkan entry kali ni sebelum aku balik tadi aku ada beli roti kat satu tempat ni.Lepas aku bayar baru aku sedar yang tukang buat roti ni adalah bukan Islam maka aku pun was-was nak makan sebab sijil halal yang dia letak kat dinding pun photostat. Bab makanan halal haram ni jangan buat main-main nanti boleh jadi darah daging.Maka roti tersebut telah dibuang.

Okeh sesiapa nak tengok cerita thriller yang best aku cadangkan movie ni. Berbaloi-baloi...
Rate 4/5 bintang.





Friday, September 24, 2010

Berbeza ke??

Muka manusia ni sentiasa berubah-ubah.Kalau dulu muka jambu sekarang janggut dah macam Osama Laden. Kalau dulu body slim melim sekarang bulat macam bola la pulak.

Kalau aku pulak macam mana ye...Jom kita saksikan...Zasssss




Ni aku semasa masih belum mengenali apa itu facebook,iphone dan apa itu Nokia...




Menggunakan mesin masa moh kita tengok muka yang seterusnya.....



Seperti yang korang nampak gambar ni tahun 1995.Jadi umur aku masa ni adalah 3 tahun. Masa ni juga masih tak mengenali apa itu cinta dan apakah makna awek..Masih suci bersih lagi.

Kita berpindah ke gambar seterusnya....


Gambar ni kalau tak silap aku tahun 2001.Umur 9 tahun. Masa ni nafsu makan tengah membuak-buak sehingga aku menjadi macam......

.....Gambar ni....

Masa ni tahun 2007.Dah pandai mengenali apa itu henpon dan cara basic tackle awek.Bodi aku pun cun masa ni..Bulat and bulat..

Dan aku yang sekarang......


Ni gambar terbaru.Masa ni janggut dah mula tumbuh....dan terpaksa membeli shaver untuk menebasnya atas nama peraturan..Benci-benci kenapa aku mesti cukur janggut...tanak cukur gak..haha

Dan adakah aku akan menjadi begini untuk masa depan???




atau



Ok...sampai sini jela entry aku kali ni..Penat aku selongkar album lama untuk gambar-gambar kat atas.


Monday, September 20, 2010

Update...

Raya dah seminggu lebih....
Kerja bertimbun-timbun's tak siap lagi....
Mood raya lagi..
Sambung cuti raya please...