Friday, July 30, 2010

5 laman web best

Salam perhatian..

Owner blog ni masih hidup dan sihat walafiat lagi.. Masih lagi bernafas di muka bumi ni.Lama gila tak update blog. Ok kali ni aku update blog. 5 website yang mesti aku bukak paling kurang dalam 3 hari tu sekali mesti aku bukak.

Tangga kelima....


Ok laman web ni adalah berkaitan dengan dunia pemotoran.Kalau nak tahu gosip-gosip panas contohnya kereta baru yang akan dilancarkan maka paultan.org akan paparkan berita tu.Nak tahu pasal projek Proton yang baru intai la website ni.


Tangga keempat...


Website ni merupakan website kegemaran untuk download lagu atau video.batuu.com ni bertindak seperti search engine.Lebih kurang macam google la.


Tangga ketiga


Putera.com ni merupakan forum kalau secara rasminya merupakan forum berkaitan komputer.Kat sini la banyak aku belajar pasal komputer.Boleh la tambah ilmu berkaitan komputer.Selain itu ada jugak forum pasal kesihatan, jati diri, sembang dan sebagainya. Malah aku pernah guna isi dari putera.com ni untuk debat masa PPP kat UiTM aritu.Tercengang diorang..hihhihi


Tangga Kedua

www.zedge.net

Zedge.net ni jugak tempat untuk men"download".Tapi aku biasa download tema,ringtones dan aplikasi untuk henfon aku.Dan ingin diingatkan disini bahawa download di website ni adalah FREE.Malah korang jugak boleh upload hasil kerja korang kat sini. Tapi aku reti download je.. I tak pandai la nak cipta-cipta tema ni..


Tangga Pertama

www.facebook.com

Tangga pertama tak lain dan tak bukan adalah facebook atau nama manja pesbuk.Pesbuk ni aku rasa dah terlalu gelemer dan aku rasa takyah nak terang lebih-lebih la kot.Dalam best-best pesbuk ni ada satu benda yang aku tak suka.Apps dia yang karut marut.Penuh kat page profile.Buat penat je aku nak delete satu-satu. Game pun ada kat pesbuk ni. Adik aku asyik layan game kat pesbuk ni aje.


OK setakat ni saja update kali ni..Entry seterusnya pasal 5 blog paling best yang menduduki carta hot blog bagi aku pulak.




Sunday, July 4, 2010

update dari uitm jengka

salam khazanah alam. yeah dah lama menyepi aku.maklumlah terlalu busy sepanjang ada dekat uitm jengka. minggu destini siswa yang agak memenatkan dah habis dilalui. bangun tidur pukul 4 pagi tidur pukul 1pagi.maka akan terjadi la episod tidur dalam dewan. Terima kasih kepada semua oc yang berpenat untuk kami.Nanti aku nak apply jadi oc jugak la.Ok esok start kuliah.Tunggu sampai dapat lappy baru boleh update blog lagi. Blog diupdate melalui telefon bimbit

Sunday, June 13, 2010

Balik Kampung.

Dah berapa lama aku tak update blog??Dekat sebulan dah ke? Alamak lamanya tak update patutla ada orang tanya kenapa aku lama tak update.Sori ye cucu semua.Ok sekarang aku dah kembali nak merapu sedikit.Sekarang ni cuti sekolah ye..Maklumlah aku ni dah lama sangat bercuti cincai-cincai dekat SETENGAH tahun jugak aku bercuti.Lama sungguh.Memandangkan sekarang ni cuti sekolah maka ramai yang dok sibuk nak balik kampung.Aku pun nak jenguk jugak lah kampung aku yang terletak kat selatan.Kat Johor dan lebih spesifik kat Kulai.Bila orang tanya aku kampung Johor kat mana cakap kat Kulai mesti akan ada ayat ni “owh,dekatla dengan rumah Mawi,kirim salam kat Mawi ye”.

Bertolak 6.6.10 hari Ahad pukul berapa pagi entah.aku sendiri pun tak ingat.Destinasi pertama yang dituju adalah ke Majlis Perkahwinan sepupu aku.Sebenarnya kalau ikut aku dah naik boring makan nasi minyak sekarang ni.Kalau aku kawin nanti la kan aku nak buat selain dari nasi minyak contoh macam lontong ke,soto ke,bakso ke.Barulah terserlah Gen Kejawaan yang diwarisi daripada sebelah mak aku.Nak jahat lagi kat kenduri kawin aku nanti sedia nasi,karipap dengan air sirap je.Lauk pauk sila bawak sendiri dari rumah.Komfem jadi buah mulut orang 7 keturunan aku..



Nampak tak pengantin perempuan tu.Itula sepupu aku.Aku panggil dia Kak Rina je.Suami dia Abang Farid orang Kajang.Satu tempat kerja dengan Kak Rina.Cuma sekarang ni aku tak sempat nak tanya Abang Farid macam mana dia takel kak rina tu.


Amacam ada nampak macam jamban berhantu tak.Sebelah hutan tu beb.Perlu keberanian tahap dewa nak berak malam-malam.Dengan bunyi cengkerik bunyi ,daun ditiup angin kadang-kadang dengar bunyi tapak kaki binatang.Fuhh seram tu.Kepada yang agak penakut nak guna jamban ni waktu malam terutama pukul 2,3 pagi mereka telah memilih secara rawak teman untuk dijadikan mangsa untuk teman diorang ke jamban.

Sepanjang seminggu aku duduk kat kampung ni memang tak sah kalau aku tak ke Plaza Angsana JB.Aku pun sendiri heran kenapa aku minat sangat ke Plaza Angsana ni.Ramai awek lawa ke kat sana? Entah aku sendiri tak tahu.Tapi kalau nak banding dengan CP kemaman ibarat langit dan bumi.Jadi jangan banding dengan CP kat kemaman ye.Kalau tak aku sekeh kepala korang.

Lihat muka masing-masing yang tengah layan aiskrim McD

Kalau aku duduk kat kampung tak sah kalau mata aku tak merah.Memang agak menyusahkan.Baru-baru ni tengah-tengah aku sedap tidur tiba-tiba ada makhluk yang bernama semut menyerang aku.Tak tambah lagi dengan serangan encik nyamuk sihat-sihat dan tembam-tembam.Cilake.Satu malam aku tak boleh tidur.Sakit beb.Tambah lagi mata aku tak lama lepas tu menjadi sepet dan merah menyala ibarat apek yang kematian bini.Asal pejam mata pedih,gatal tapi mata dok sibuk nak tutup sebab mengantuk.Hasilnya malam tu aku tidur dua jam je.Tidur yang tak efektif.

Lihatlah nyamuk yang chubby ini tengah dinner

Tempat yang orang cakap tempat wajib disinggah oleh kaum hawa dekat Johor ni adalah dekat Air Hitam.Dari bunga,kaca,pasu,mainan,teddy bear dan lain-lain ada kat sini.Kat Air Hitam ni nak dikatakan barang dia murah mak aku cakap tak berapa murah jugak.Mungkin sebab banyak pilihan dan ada barang yang tak terdapat dekat Kemaman dan tempat lain.Aku tanya mak aku sebab dia adalah pelanggan tetap yang akan melaburkan duit beliau untuk membeli disini setiap kali balik ke Johor.

Sila-sila banyak pasu murah..harga boleh kurang seposen...

Model baju merah iaitu adik aku tak dibayar oleh aku untuk posing di depan sebuah kedai yang menjual teddy bear dan mainan .Masa kecik-kecik aku ada beli jugak mainan dekat sini.Mainan yang paling diminati tentulah figura Power Rangers Made In China punya.Masa tu tak mampu nak beli Bandai punya brand taw.

Ok sekian sahaja entry aku kali ni.Untuk makluman masa aku taip entry ni aku baru je lepas pekena kebab.Kebab Melawati Sedap...Tapi asal kebab dia kecil sangat???