Sunday, June 13, 2010

Balik Kampung.

Dah berapa lama aku tak update blog??Dekat sebulan dah ke? Alamak lamanya tak update patutla ada orang tanya kenapa aku lama tak update.Sori ye cucu semua.Ok sekarang aku dah kembali nak merapu sedikit.Sekarang ni cuti sekolah ye..Maklumlah aku ni dah lama sangat bercuti cincai-cincai dekat SETENGAH tahun jugak aku bercuti.Lama sungguh.Memandangkan sekarang ni cuti sekolah maka ramai yang dok sibuk nak balik kampung.Aku pun nak jenguk jugak lah kampung aku yang terletak kat selatan.Kat Johor dan lebih spesifik kat Kulai.Bila orang tanya aku kampung Johor kat mana cakap kat Kulai mesti akan ada ayat ni “owh,dekatla dengan rumah Mawi,kirim salam kat Mawi ye”.

Bertolak 6.6.10 hari Ahad pukul berapa pagi entah.aku sendiri pun tak ingat.Destinasi pertama yang dituju adalah ke Majlis Perkahwinan sepupu aku.Sebenarnya kalau ikut aku dah naik boring makan nasi minyak sekarang ni.Kalau aku kawin nanti la kan aku nak buat selain dari nasi minyak contoh macam lontong ke,soto ke,bakso ke.Barulah terserlah Gen Kejawaan yang diwarisi daripada sebelah mak aku.Nak jahat lagi kat kenduri kawin aku nanti sedia nasi,karipap dengan air sirap je.Lauk pauk sila bawak sendiri dari rumah.Komfem jadi buah mulut orang 7 keturunan aku..



Nampak tak pengantin perempuan tu.Itula sepupu aku.Aku panggil dia Kak Rina je.Suami dia Abang Farid orang Kajang.Satu tempat kerja dengan Kak Rina.Cuma sekarang ni aku tak sempat nak tanya Abang Farid macam mana dia takel kak rina tu.


Amacam ada nampak macam jamban berhantu tak.Sebelah hutan tu beb.Perlu keberanian tahap dewa nak berak malam-malam.Dengan bunyi cengkerik bunyi ,daun ditiup angin kadang-kadang dengar bunyi tapak kaki binatang.Fuhh seram tu.Kepada yang agak penakut nak guna jamban ni waktu malam terutama pukul 2,3 pagi mereka telah memilih secara rawak teman untuk dijadikan mangsa untuk teman diorang ke jamban.

Sepanjang seminggu aku duduk kat kampung ni memang tak sah kalau aku tak ke Plaza Angsana JB.Aku pun sendiri heran kenapa aku minat sangat ke Plaza Angsana ni.Ramai awek lawa ke kat sana? Entah aku sendiri tak tahu.Tapi kalau nak banding dengan CP kemaman ibarat langit dan bumi.Jadi jangan banding dengan CP kat kemaman ye.Kalau tak aku sekeh kepala korang.

Lihat muka masing-masing yang tengah layan aiskrim McD

Kalau aku duduk kat kampung tak sah kalau mata aku tak merah.Memang agak menyusahkan.Baru-baru ni tengah-tengah aku sedap tidur tiba-tiba ada makhluk yang bernama semut menyerang aku.Tak tambah lagi dengan serangan encik nyamuk sihat-sihat dan tembam-tembam.Cilake.Satu malam aku tak boleh tidur.Sakit beb.Tambah lagi mata aku tak lama lepas tu menjadi sepet dan merah menyala ibarat apek yang kematian bini.Asal pejam mata pedih,gatal tapi mata dok sibuk nak tutup sebab mengantuk.Hasilnya malam tu aku tidur dua jam je.Tidur yang tak efektif.

Lihatlah nyamuk yang chubby ini tengah dinner

Tempat yang orang cakap tempat wajib disinggah oleh kaum hawa dekat Johor ni adalah dekat Air Hitam.Dari bunga,kaca,pasu,mainan,teddy bear dan lain-lain ada kat sini.Kat Air Hitam ni nak dikatakan barang dia murah mak aku cakap tak berapa murah jugak.Mungkin sebab banyak pilihan dan ada barang yang tak terdapat dekat Kemaman dan tempat lain.Aku tanya mak aku sebab dia adalah pelanggan tetap yang akan melaburkan duit beliau untuk membeli disini setiap kali balik ke Johor.

Sila-sila banyak pasu murah..harga boleh kurang seposen...

Model baju merah iaitu adik aku tak dibayar oleh aku untuk posing di depan sebuah kedai yang menjual teddy bear dan mainan .Masa kecik-kecik aku ada beli jugak mainan dekat sini.Mainan yang paling diminati tentulah figura Power Rangers Made In China punya.Masa tu tak mampu nak beli Bandai punya brand taw.

Ok sekian sahaja entry aku kali ni.Untuk makluman masa aku taip entry ni aku baru je lepas pekena kebab.Kebab Melawati Sedap...Tapi asal kebab dia kecil sangat???



Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Entry pendek dan ringkas untuk semua guru di Malaysia.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Nak tambah sikit sajak tu...jika hari ini seorang manager ladang yang berjaya.

Selamat hari Guru terutama kepada guru-guru yang pernah mengajarku di SK Seri Kemaman,SK Bukit Mentok II,SMK Bukit Mentok dan di SMK Chukai a.k.a TePCES.

p/s:teringat pulak cerita hari guru yang aku berlakon tahun lepas.

Tengok Sini