Thursday, October 28, 2010

Aku dulu seorang pelakon

Aku dulu pelakon.Korang percaya tak? Memang nama aku tak segah Rosyam Nor,Remy Ishak.Tapi aku penah jugak belakon.

Aku dulu penah berlakon zaman form 5 dulu.Semua ni untuk suka suka je.Pengarah abang emy dan geng-geng muka tak malu sebagai pelakon.

Antara scene dalam salah satu video yang aku belakon.


Ok kalau korang nak tengok lagi banyak video aku and the geng boleh la ke www.youtube.com/bombmaker92.


Wednesday, October 27, 2010

Sotong Mati

Ok...dua post aku pasal binatang. First pasal babi kemudian pasal sotong pulak.

Pagi tadi sedang aku dengar radio Hot FM, terdengar berita pasal sotong mati. Alah setakat sotong mati pun nak heboh ke? Rupanya sotong merangkap ahli nujum world cup tu yang mati.Nama dia Paul. Paul is dead right now..(aku dah pandai speaking london sekarang).

Nama: Paul
Alamat Terakhir: Sea Life Aquarium, Jerman
Pekerjaan:Ahli Nujum Piala Dunia 2010.(ramalan disahkan berlaku)
Tarikh Kematian : Selasa bersamaan 26 Oktober 2010 masihi.
Punca Kematian : Sakit tua di usia 2 Tahun setengah.


Lepas ni binatang mana pulak nak ambik alih jawatan si Paul ni?

Tuesday, October 26, 2010

Babi

Warghhhh...itu babi.. Sungguh jakun mamat ni tak pernah nampak babi. Habis kat semua orang aku cakap "wei.gua nampak bapak ngan anak betina babi semalam baru balik dinner"

Alkisahnya macam ni.Memandangkan semalam aku pergi tidur kat rumah atok aku untuk menemaninya dan setelah sampai di sana.Maka tiba-tiba dua ekor babi yang berbulu melintas dengan lajunya kat depan kereta Kancil aku. Ada ke patut dia pi berkelah kat laman umah atok aku.. mentang-mentang umah atok aku rumah dalam taman.

Aku berasa amat jakun sebab tengok babi secara live semalam.Ini la kot malang jadi budak yang tinggal di bandar.Babi pun jakun nak tengok..



Wednesday, October 20, 2010

Jamban , Tandas atau Toilet

Mengapa sekarang aku ni begitu payah nak update blog? Ini disebabkan oleh masalah internet. Oleh itu mood untuk update blog agak pudar. Ok..ok kali ni nak cerita sikit pasal jamban.Aku tergerak nak cerita benda ni pasal aku sangat-sangat sakit hati dengan tandas awam atau erti kata lain tandas yang digunakan oleh ramai orang.

Cuba la anda bayangkan mood nak berak pun boleh hilang apabila pintu takde..Dahla bau hancing pering (ayat orang terengganu).

nak masuk pun geli jamban ni

Satu pertanyaan aku..Kenapa ada orang yang lepas berak atau kencing mesti tak flush? Adakah mereka mahu memberi saguhati kat orang lain yang guna tandas tu?pelik betul manusia.

restroom kat New York



bersih kan tandas ni


Ni sekadar luahan aku sebagai manusia yang mahukan tempat menunaikan hajat yang bersih.. Bila la Malaysia nak ada tandas terbersih di dunia ye....

nanti aku update lagi ye...exam sedang berjalan ni..

Saturday, October 9, 2010

GUA TAHU ITU SIAPA

Aku memang suka buat kerja last minit.Tapi kali ni tak last minit mana la sebab tarikh tutup dia lambat lagi.Ni pertama kali aku join contest.Yang ni anjuran Hamzah Ian. Contest dia tak susah pun.Tak perlu belajar sampai PHD atau kena buat research 2,3 tahun.

Gua rasa sebelah dia tu kawan sekampung dia yang dulu sama-sama pergi curi rambutan dulu.Gua rasa dia tengah makan kerepek dengan lahapnya sambil bercakap benda mengarut dengan Hamzah.

Gua nak tag tiga orang blogger kat sini.

Abu Huzaifah...Rakan gua yang lonjong.

Sarina- Si pemilik kungfu panda punya mata

Ayu- Si gadis yang bercita-cita untuk kelihatan seksi si mata suaminya.

Monday, October 4, 2010

Terima Kasih. Jasamu Dikenang

Nampak tak header blog aku yang terpampang sekali dengan gambar aku ibarat macam calon parti nak pergi bertanding pilihan raya.Cun tak?

Walaupun aku ni agak jahil photoshop dan aku hanya reti guna photoshop untuk touch up gambar sikit-sikit je.Jadi aku dah lama berangan untuk design sendiri header tu.Tapi hasilnya amat dan tersangat cantik..Hehehe.


Semasa aku blogwalking terjumpa blog abang ni yang menyediakan perkhidmatan header blog secara percuma.Jadi aku secara segera sambar satu.

Jadi jutaan terima kasih kepada bighandesign kerana bermurah hati untuk header yang agak cantik diatas.

Sunday, October 3, 2010

Cerita zaman budak-budak

Entry ni dah lama aku nak tulis tapi tak berkesempatan je.Nasib baik tak hilang idea ni.Lepas baca entry Long Hafiz terus aku terasa nak menaip entry ni.

Zaman kecik-kecik dulu aku amatla meminati kartun.Rasa semua budak-budak minat kartun kot... Kalau dulu pukul 6.30 TV aku dengan adik aku yang punye.

Antara kartun yang aku layan zaman dulu adalah....

Yang menjadi kegilaan para budak hingusan zaman aku adalah Power Rangers.Masa tu Power Rangers Mighty Morphin.Power Rangers zaman sekarang aku rasa tak best la.Mighty Morphin Power Rangers ni ada umphh..

Zaman tu masing-masing sibuk "aku power rangers merah,aku power rangers hitam".Aku dulu siap berbalah lagi dengan adik aku pasal benda ni.Amat tak matured sekali.(-_-")

Kemudian cerita Doraemon.Aku rasa cerita doraemon ni amat menarik.Masa dulu sibuk berangan kalau la mesin masa doraemon tu ada boleh aku pinjam tengok sape bakal bini aku..HUH..
Bila tengok pintu suka hati je berangan kalau ada benda ni boleh aku pergi rumah nenek.Toksah naik kete lama-lama lagi.Nak berak pun susah. oh zaman budak-budak..Masa tu aku siap record semua cerita doraemon ni dekat tape macam kat gambar bawah..Zaman sekarang dah pupus benda ni.

Zaman tu takde DVD, blue ray ni semua..




Satu dari cerita doraemon ni yang bagus adalah mengenai erti persahabatan. Tak kira susah macam mana pun, walaupun hampir dengan maut diorang tetap bersama,Tu baru sahabat sejati.Susah senang bersama.

Akhir sekali atas permintaan kawan aku Ali Amirul adalah Ultraman.Aku tak berapa berminat sangat cerita Ultraman ni.Hanya tengok-tengok macam tu aje.Hanya disebabkan aku membetulkan nama hero Ultraman Cosmos je tadi dalam kelas terus aku digoreng oleh Ali.Hampeh la lu Ali.Biar ko minat sampai mimpi Ultraman cosmos ni pun.


Baiklah sampai sini saje entry aku kali ni.Blog aku dah ada header.Nanti aku cerita pasal header tu.Mau cari komik doraemon adik aku kejap.Hihihi