Sunday, January 24, 2010

Aku dah ada kerjaya.....

Akhirnya gian dapat juga dilepaskan dekat blog aku ni.Maaflah dah lama sangat aku tak update dekat sebulan jugak.Banyak benda yang membuatkan aku rasa takde mood nak update blog antaranya speed Broadbad atau nama manja berukband yang sangat laju sehingga aku rasa nak gila nak tunggu setiap page dibuka.Iklan kat TV berapi suruh potong bila guna aku potong jugak kepale korang..hahaha..

Ok dah cukup melalut.Lepas SPM selesai aku jadi la penanam anggur sekejap dalam 3 minggu jugak.Pada mulanya pergi interview Pizza tapi hampa la pulak.Tapi aku cool je takpe takde rezeki la kot.Lepas puas keliling bandar aku pun bertambah la hampa sebab satu kerja pun aku tak dapat..Tapi atas jasa baik kawan aku Hilmi aku berjaya mendapat kerja di Yokke.Hari pertama kerja aku pun terfikir adakah aku dibayar gaji untuk lepak kat kedai tu..Memang relax la.Tapi tak lama kene pergi kat Yokke Cawangan Taman Chukai Utama.Hari pertama kat situ belambak lori sampai hantar barang.Rasa nak tercabut tulang belakang aku angkat barang naik stor.Masa ni la rasa untungnya boleh lepak-lepak kat rumah.Tapi jodoh aku dengan Yokke tak lama sebab aku berhenti.Hahaha bukan tak tahan kerja tapi aku rasa aku kerja tanpa jiwa.Kerja dengan tiada kerelaan.


Berhenti je kerja kat Yokke aku dapat kerja kat Pustaka Munirah.Tempat ni ok la jugak.Dahla aku kerja dalam air cond.ada pulak Shahrafi kerja sekali dengan aku.Kat sini macam-macam aku buat.Nak print?Fotostat?Biding?Cashier? Semua boleh la kata orang, semua ni hasil tunjuk ajar bos aku En.Din serta orang lama kat situ Kak Zakiah dengan Kak Syikin.Tapi yang tak tahan bila ada pelanggan yang banyak songeh..Hish rasa nak bagi je satu atas muka.Tapi aku relax je "customer always right" nak buat macam mana.Sekarang ni aku tak sabar-sabar nak tunggu gaji.Beg duit pun dah tinggal debu je..Ok kali ni sampai sini je.Lain kali aku try selalu untuk update blog ni.Tu pun kalau si P1Wimax ni tak buat hal.Ok salam 2all..

p/s:harap maaf gambar tak boleh nak upload kerana kelajuan internet Malaysia yang amat membanggakan

Sila Lawati pustakamunirah.wordpress.com