Friday, December 25, 2009

Tahniah....

Rasanya tak terlewat untuk aku ucapkan tahniah kepada hampir 30,000 pelajar straight A PMR 2009.TEPCES pun kali ni mencipta sejarah dengan 70 orang calon mendapat straight A.Tapi aku malas la nak ulas panjang-panjang pasal hal ni disebabkan aku bukanlah setiausaha sulit kepada Tan Sri Alimuddin Mohd Dom nak ulas pasal result PMR kali ni.

Kepada Mohamad Nazim Bin Azmi iaitu adik aku tahniah la sebab dapat straight A.Aku pun jeles jugak asyik dia je straight A aku bila pulak...Takpe kot SPM aku straight A.

Dahla otak pun terasa begitu beku dan bengap sekarang ni.Sebelum aku taip benda-benda yang mengarut kat sini sekali lagi tahniah kepada my brother.

Tuesday, December 8, 2009

Dah habis dahhh



Akhirnya saat yang ditunggu tunggu oleh kebanyakkan pelajar tingkatan 5 dah sampai iaitu dengan berlabuhnya tirai SPM.Perasaan tak boleh nak digambarkan buat masa sekarang.Sedih sebab dah tak jumpa kawan-kawan lepas ni.Gembira tak payah dah sakit kepala otak kejap.

Sekarang ni aku tengah memikirkan apa ya agaknya yang boleh dilakukan ketika aku tengah menanggur ni.Takkan nak dok rumah makan tidur je kot.For sure badan aku macam dipam-pam lepas sebulan.Dalam fikiran aku nak cari kerja.Nak rasa jugaklah susah senang cari duit ni.Maklumlah selama ni duit dapat free je.Sasaran utama adalah pizza hut dengan A&W.Borang dah hantar tunggu je la diorang telefon nanti.

Lesen kereta.Ada perancangan jugak nak pergi ambik.Tapi yang malasnya pasal ambik lesen ni satu je la banyak sangat prosedur dia.Kene belajar itula,inila.Ambik lesen terbang jugak senang.Tapi jadi apa-apa sape nak tanggung.Korang ke?Ada lesen nanti boleh la pergi merayau naik kereta pulak tukar selera dari motor ke kereta.Hijrah kata orang dari benda ni kepada satu benda yang lebih baik.

Macam mana pun cuti yang panjang ni rasa senak jugak kepala otak nak fikir benda lain yang aku boleh buat.Tambah koleksi awek??Aku awek pun takde lagi ni.Kire ok la jugak.Anyway kepada pelajar-pelajar yang dah habis SPM tu jaga diri sikit.Jangan dok enjoy sampai tak ingat dunia.Solat jangan tinggal la.Ingat la pesan pokcik ni anak-anak weiii.

Monday, December 7, 2009

Good Bye My Lover

Maaflah lama tak update blog aku yang tercinta ni.Maklumlah sibuk sepanjang SPM ni.Sepanjang tu jugaklah macam-macam peristiwa berlaku contohnya kepayahan untuk jawab add math.Aku redha je la tunggu je result nanti.Tapi ada satu benda yang membuatkan aku rasa betul-betul kehilangan.Pemergian buat selama-lamanya my Sony Ericsson T610 yang diberikan oleh abahku pada 2006.

Pemergian yang tak disangka-sangka membuatkan aku berasa agak sugul maklumlah telefon tu dah banyak berjasa kat aku.Semuanya bermula pada suatu malam yang agak sejuk.Macam dementor ada kat sekeliling je suasana sejuk macam dalam cerita Harry Potter tu.Masa tu aku tengah balas SMS dan secara tiba-tiba aku telah melepaskan genggaman terhadap telefon tu.Apa lagi kuasa graviti pun bertindaklah mengakibatkan telefon tu jatuh terus ke lantai tanpa perlindungan.Jadi hasilnya impulsive force yang tinggi bertindak ke atas telefon tu.

Pada mulanya aku tak kisah pun sebab memang dah selalu pun telefon tu jatuh paling teruk pun die hang 2,3 kali lepas tu ok la dia.Tapi kali ni hati aku tak sedap je lepas tengok bodynya yang cun melecun tu calar balar serta pecah.Bila on je ermm memang takde harapan la sebab skrin LCD dia dah tak memaparkan apa-apa pun kecuali warna biru dan kuning beserta retak.

Aku pernah tanya kat kedai untuk baiki dan konklusinya baik angkat baru la.Tapi kalau la duit aku banyak dah lama aku tukar telefon tu.Tapi nak buat macam mana duit tak banyak la kan.

Sedih ada la jugak kat hati ni sebab telefon ni memang dah lama berkhidmat dengan aku.Jasa yang dia curah pun banyak jugak contohnya tolong aku mengusha awek-awek di serata Malaysia.Sekarang ni aku mampu guna Nokia 1110i je sebagai pengganti yang termurah dan terbaik.

IN MEMORY SONY ERICSSON T610
21 September 2006 (9.25 pm)- 1 Disember 2009 (11.55 pm)

Sedikit tatapan untuk semua










Saturday, December 5, 2009

BATERI KONG?? Cara mudah dan jimat mengatasinya



Bateri kong lagi..Duit lagi kena...Aku pun pernah mengalami masalah tu.Hasil perbincangan dengan sepupu aku Hanif a.k.a abang anep dia mencadangkan agar beteri telefon tersebut diletakkan di tempat sejuk beku peti ais.



1.Balut bateri dengan kertas surat khabar dengan kemas.










2.Letakkan di dalam ruang sejuk beku lebih kurang selama dua hari.Pastikan air tidak terkena pada bateri tersebut.

3.Keluarkan dan biarkan dalam lebih kurang 30 minit-1 jam sebelum dipasang pada telefon bimbit dan cuba cas semula.

Kaedah ini agak berisiko, tetapi menurut abang anep dia telah mencuba kaedah ini dan berjaya.Dan dia telah menyarankan kepada aku agar melakukan teknik diatas kerana aku telah mengalami masalah bateri kong dan nak beli bateri baru duit nak cekau mana setelah mencuba dan hasilnya agak memuaskan.Tetapi untuk hasil yang tiptop kata orang sila ke kedai telefon bimbit berhampiran anda sediakan wang secukupnya dan orderlah “bateri satu kak” kepada akak cun yang jual kat kedai tersebut.Selamat Mencuba..

SEGALA RISIKO TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI